94 ; Annie Was A Clever Girl

18.6K 1.5K 79
                                    

***

By; IPostAtMidnight

Annie tahu kalau dia sangat pintar . Dia adalah gadis yang tidak sama dengan kanak-kanak lain.
Pertama kali Annie berasa ketakutan apabila terdengar suara di dalam biliknya , suara itu berasal dari bawah katil atau dari almarinya.

Annie menangis lalu berlari menuju ke bilik ibu dan ayahnya.

"Ibu!ayah!"

"Ada apa sayang?" Soal ibunya.

"Sa-saya dengar suara ha-hantu"

Annie berfikir bahawa ibu dan ayahnya akan segera menenangkan dirinya atau mengabaikannya.

Tetapi , ibu dan ayahnya terus menuju ke biliknya untuk memeriksa sesuatu di bawah katilnya.
Memeriksa almarinya dan mengunci tingkap dengan rapat.

Annie melihat kedua orang tuanya , dia tahu apa yang orang tuanya buat . Apabila mereka melihat Annie ketakutan , mereka akan datang dan memastikan keadaanya selamat.

Dalam pada itu , Annie mula terfikir akan mengenakan orang tuanya.

Annie akan menjerit dan menangis , semuanya adalah palsu , semuanya demi melihat orang tuanya berlari menuju ke biliknya . Annie dapat menyembunyikan ekspresi gembiranya di sebalik ekspresi kesedihannya. Orang tuanya tidak pernah tahu.

Suatu malam , Annie tidak dapat menahan ketawanya lagi . Dia ketawa terbahak-bahak apabila ayahnya terjatuh saat sedang memeriksa lampu bahawa ada sesuatu di balik lampu itu.

"Apa yang lucu?" Soal ayahnya sambil mengurut belakang badannya.

"Ayah.." balas Chanmi "ayah selalu percaya apa yang saya bagitau" kata Annie dengan ketawa.

Ayahnya tidak marah , ibunya memandang ke arah ayahnya.

"Pernah sekali.." kata ibunya perlahan.

"Pernah sekali kami tidak mempercayai abang kamu" sambung ibunya sambil menahan tangis.

Dan Annie tidak dapat tidur pada malam itu.

###

##

#

Ni bermaksud pernah sekali ibu dan ayah Annie tidak percaya apa yang abang Annie bagitau pasal hantu dan abang Annie mati . Sejak tu Ibu dan ayah Annie selalu mempercayai Annie supaya hal tu tidak berlaku lagi buat kali kedua.

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now