157 ; Jalan Raya Karak

17.6K 1.1K 214
                                    

***

Suggest by;

SEBENARNYA Karak ada dua jalan, satu jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak (baru). Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan bermisteri, pasti Karak akan tersenarai. Sememangnya makhluk halus ini wujud iaitu daripada syaitan dan jin yang sentiasa menggangu manusia.

Tidak hairanlah sebut sahaja dengan tempat yang di anggap 'keras' di kaitkan dengan gangguan makhluk halus. Mana tak nya kisah Karak ini sampai di filemkan bagi menyampaikan kisah seram yang berlaku di Karak.

Entri kali ini penulis berkongsi mengenai kisah benar yang berlaku di KARAK yang di ambil daripada forum bebas di dalam blog-blog bebas.

Berikut ialah cerita-cerita misteri yang berlaku di Lebuhraya Karak dan Jalan lama Karak-Bentong...Sememangnya cerita ini adalah benar, wallahualam:

a. Lebuhraya Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 buah kereta.

2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2. Kalau anda semua perasan di Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang), banyak lori berhenti pada waktu malam (tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena "tegur".

3. Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan diganggu selepas terowong karak..'dia' akan potong kereta mangsa dan selepas itu 'dia' akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga.......... anda akan mendapati bahawa tiada seorang pun di dalam kereta.

4. Penemuan Kereta Misteri (seingat penulis, kejadian ini baru juga berlaku)

KARAK - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now