119 ; Death Road

18.2K 1.3K 75
                                    

***

Pada suatu malam berkabus dan dingin ,  seorang pemandu teksi sedang memandu teksi nya setelah menghantar seorang perempuan mengandung ke hospital

Dalam perjalanan ,  dia melewati sebuah jalan yang dikenali sebagai 'jalan kematian' kerana kebanyakkan orang yang di melalui jalan itu akan mati

Saat sedang menyelusuri jalan itu ,  dalam keadaan berkabus pemandu teksi itu melihat bayangan seseorang yang sedang berdiri di hujung jalan

"Malam-malam camni asal ada jugak manusia yang berkeliaran di tengah jalan ?  Tambah lagi hutan berkabus"  dia pun terus mengendalikan kenderaannya menuju ke arah bayangan tersebut

Setelah sampai di sana , pemandu itu mendapati bahawa bayangan itu adalah seorang lelaki yang berpakaian serba hitam

Pemandu itu menurunkan sedikit cermin sisi
"Yaaa..malam-malam camni kau buat apa kat sini?  Kau sesat? Atau perlukan teksi?"

Lelaki itu diam sahaja ,  dia hanya mengangguk dan membuka pintu belakang teksi tersebut .  Setelah lelaki itu masuk  , pemandu itu bertanya "nak ke mana?"

Lelaki itu menjawab "teruskan memandu dan jangan banyak tanya"  . Si pemandu hanya mengangguk dan terus memandu

Kerana bosan ,  pemandu itu menghidupkan radio di teksinya . Setelah memutarkan dua  buah lagu  , tiba-tiba siaran radio tadi mengeluarkan berita semasa

Berita tersebut berkaitan dengan perompak bank yang baru saja lari dari polis beberapa jam yang lalu

Mendengar berita itu ,  pemandu itu pun terkejut
kerana lokasi bank yang dirompak berdekatan dengan jalan yang dilaluinya sekarang

"Kau ke perompak yang dikejar polis?" Soal pemandu tanpa teragak-agak kepada lelaki misteri itu

"Kalau betul kenape? Apa yang kau boleh buat?  Ingat  , aku ada senjata sekarang  dan kalau kau buat macam-macam  , aku dengan santai boleh bunuh kau"  bisik lelaki itu

Pemandu itu diam sejenak

Lalu tiba-tiba pemandu itu ketawa

Awalnya hanya ketawa perlahan dan kemudian ketawanya semakin kuat

"Asal kau ketawa?! Jangan macam-macam atau aku tembak kau!"  Lelaki itu mulai berasa ketakutan

"Tenang , aku takkan buat apa-apa" kata pemandu teksi itu .  Setelah berkata ,  si pemandu itu membalikkan mukanya menghadap lelaki itu

Lelaki itu terkejut dan menjerit .  Hampir jantungnya terkeluar.  Kerana pemandu itu tidak mempunyai muka sama sekali
Hanya mempunyai dua lubang mata yang besar dan hitam pekat

Dengan cepat lelaki itu melompat keluar dari teksi itu dan terjatuh di atas jalan lalu bergolek masuk ke jurang yang dalam di tepi jalan

Lelaki itu menderita kesakitan yang parah dan meninggal di tempat kejadian

Dalam saat itu ,  dia dapat mendengar ketawa dari pemandu teksi itu di segenap hutan

#

##

###

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now