140 ; Forgetting Something?

16.2K 1.3K 89
                                    

***

Waktu itu sekitar jam 6 petang , ketika aku meninggalkan pejabat menuju ke stesen bas. Saat aku berdiri di sana menunggu bas , tiba-tiba aku rasa gelisah. Aku merasa seolah-olah aku telah meninggal sesuatu yang penting , tapi aku tak boleh ingat tu apa.

Mungkin itu hanya fikiranku saja , aku cuba untuk yakinkan diri tapi rasa gelisah itu tetap ada. Aku merasa seperti aku patut pergi ke pejabat untuk memeriksa sesuatu , tapi aku rasa lelah. Aku nak balik dengan cepat.

Ketika bas datang , aku masuk dan orang lain yang tunggu di stesen itu mula masuk dan bergabung dengan penumpang lain. Seperti biasa , semua kerusi telah penuh. Terpaksa aku berdiri dan bas pun mula bergerak perlahan dan semakin laju. Tanpa sengaja aku tertolak orang dibelakang ku , dan aku memohon maaf "oh , maafkan saya" tapi orang itu menghiraukan sahaja.

Semakin lama , aku merasakan bahawa aku telah meninggal sesuatu yang sangat penting. Semakin jauh bas itu membawa aku pergi dari pejabat , semakin kuat gelisah yang aku rasa.

Aku berfikir tentang bos yang menyeramkan , aku berfikir pada rakan sekerja ku yang selalu bergosip tegang ada pekerja lelaki yang menyukai ku , aku berfikir tentang kerja yang berada di pejabat yang belum aku siapkan. Adakah aku lupakan semua tu ?

Aku berusaha ingat apa yang aku rasa telah tertinggal. Aku berkata pada diriku kalau sampai dirumah mungkin perasaan tu akan hilang.

Aku turun dari bas bersama penumpang lain di stesen bas lain. Aku mula berjalan pulang ke rumah dan aku akhirnya menyerah.

Tidak ada gunanya , fikir ku. Perasaan ini telah menghantuiku sepanjang masa. Aku perlu balik ke pejabat dan cuba lihat apa yang lupakan.

Dengan letih , aku berjalan menuju ke pejabat walaupun sedikit jauh.

Aku memandang jam di tangan ternyata sudah pukul 7. Aku berjalan dengan cepat.

Dengan cepat aku berlari menaiki anak tangga ketika aku membuka pintu pejabat. Aku membeku , apa yang tengok adalah amat mengerikan. Baru aku tahu apa yang tinggalkan di pejabat.

Itu adalah aku ,

Tubuhkan terbaring di lantai.

###

Memang kan? Kalau tengok cerita di tv , mesti ada je roh yang tak sedar kalau dia dah mati/berpisah dari badan. Hinggakan semua orang hiraukan dia , dah memang tak nampak.

Teringat balik tentang video di mana ada seorang budak lelaki yang jatuh dari bangunan , dan kebetulan ada yang rekod bila budak tu jatuh. Dan dalam rakaman video tu , kelihatan ada bayangan putih keluar dari badan lelaki tu dan melayang naik atas macam ditiup angin. Bayang putih tu terombang-ambing macam ikut je tiupan angin. Ntah la boleh percaya je tak ;-;

Btw , ada ke readers saya join contest Wattys2016? Kalau ada goodluck tau! ;)

Good luck girigirigiri i like you XD

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now