10 ; Christmas Eve

34.9K 2.9K 412
                                    

***

Ade dua perempuan , bernama Jiae dan Mijoo
Saat itu orang tuanya Jiae sedang keluar rumah untuk ke bandar membeli persiapan untuk hari natal.

Jiae berasa sedikit ketakutan untuk tinggal sendirian jadi dia menumpang rumah Mijoo untuk malam itu.

Mereka berdua mula berbual , dan melakukan hal yang perempuan lain buat.Menghias kuku dan berbual berkaitan teman lelaki.

Pada jam 11 malam mereka baru sahaja balik dari gereja sambil berjalan mereka asyik berbual sehingga tidak perasaan bahawa sudah larut malam.

Kedua mereka balik ke rumah Mijoo dan memutuskan untuk tidur . Mijoo naik ke atas katil nya sedangkan Jiae tidur di atas lantai.

Bilik Mijoo mula sunyi dan perlahan-lahan Mijoo terbuai mimpi , Jiae tidak dapat tidur dan dia bangun menggoyangkan tubuh Mijoo.

"Mijoo-ah .. jom kita keluar pergi kedai beli ice-cream" ajak Jiae

Mijoo yang masih mengantuk hanya bergumam "mm..Kau pergi la sorang..huahh..Aku ngantuk"

"Aku perlukan ice-cream sekarang Mijoo! , Ppali ke kedai" ajak Jiae lagi

Mijoo berbalik kan badan nye ke arah lain "Jiae..dah malam kedai dah tutup la.." kata Mijoo malas

"Kita boleh beli di kedai 24jam .. jomlah .."

"Tak naklah ..pergilah sendiri"

"Aku takut jalan sorang-sorang" kata Jiae lagi

Mijoo masih berbaring di katilnya tidak menghiraukan Jiae.

"Mijoo , aku merayu!" Jiae mula menangis
"Aku betul'2 nak makan ice-cream!" Air mata Jiae mula mengalir.

Mijoo mula rasa terganggu dan mendengus kesal "Jiae-ah!! Okay ! Okay ! , kita akan pergi! Tenanglah!" Kata Mijoo lalu memakai sweaternya sama juga Jiae.

Mereka segera keluar dari rumah , Jiae menggenggam tangan Mijoo dengan kuat dan dengan sedikit kemas menarik tangan Mijoo dengan langkah cepat.

"Perlahan la Jiae" kata Mijoo
Jiae menarik tangan Mijoo menuju ke arah lain dari kedai 24 jam itu.

"Yah! Ni bukan jalan ke kedai!" Kata Mijoo

"Ssshhh!!" Desis Jiae dengan mata masih berkaca.

Mijoo memandang Jiae yang mukanya kelihatan ketakutan.

"Ki..Kita akan pergi balai polis..ta..tadi aku memandang cermin dan..ak..Aku tengok ade seorang lelaki memegang kapak bersembunyi di bawah katil kau Mijoo!" Kata Jiae dengan menangis ketakutan

***The End

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now