18 ; White String

30.9K 2.5K 317
                                    

*** urban legend

Kisah bermula ketika seorang pelajar sekolah menengah merayu kepada kedua ibu bapa nya mengizinkan nya untuk menindik telinga .

Ia berkata bahawa semua pelajar perempuan di sekolah sudah pon menindik telinga . Asalnya kedua ibu bapa nya tidak mengizinkan namun kerana anaknya terusan merayu akhirnya mereka mengizinkan

Ibu bapa perempuan itu memberi sejumlah wang yang banyak dan menyuruh perempuan itu menindik telinga di kedai emas yang dipercayai

Namun perempuan itu berfikiran lain , dia hendak menyimpan wang pemberian ibu bapa nya dan memutuskan untuk menindik telinga nya sendiri . Dia meminta pertolongan rakan nya untuk membantu nya menindik telinganya

(Jangan cuba ni) Mereka mengunakan jarum yang dipanaskan dan kemudian ditusuk kan di kedua cuping telinga nya , dia merasa sangat sakit namun apabila melihat hasilnya dia sangat berpuas hati
Ia kini boleh memakai anting-anting pilihan nya dan tampil penuh gaya di sekolah

Namun keesokkan hari nya ade sesuatu yang aneh . Dia bangun di pagi hari kerana rasa gatal yang teramat sangat di telinganya .

Rupanya cuping telinganya yang ditindik terlihat merah dan meradang . Tak hanya itu , tampak seutas benang putih kecil keluar dari lubang yang ditindik nya kelmarin ,  Dia berasa hairan dan menarik benang itu

Benang itu sangat halus dan panjang . Ia seakan-akan benang itu tidak habis ditarik , merasa tidak sabar perempuan itu mengambil gunting dan memotong benang putih itu

Tiba'2 semuanya menjadi gelap , perempuan itu menjerit histeria dan memanggil ibu bapa nya . Ibu bapa nya panik dan lantas membawa nya ke hospital

"Kenape boleh jadi macam ni?" Soal doktor yang memeriksa nya

Perempuan itu mula bercerita kan segalanya

Doktor itu menjawab dengan suara yang sedih "Maaf , tapi saya terpaksa cakap yang awak akan menjadi macam ni seumur hidup"

"Kenape?" Tanya perempuan itu gugup

"Benang putih yang awak gunting tu bukan benang sembarangan"

"Benang apa tu?" Soal perempuan itu berputus asa

"Itu benang saraf mata awak"

***The End

Jadi berhati-hati nya , jangan nak memandai nak buat sendiri benda macam tu , kalau nak tindik telinga pon pergi la ke kedai yang dipercayai

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now