179 ; Don't Googling Your Name

17.2K 1.1K 201
                                    

***

Jangan pernah googling diri anda sendiri. Kenapa? Kerana mungkin kau tidak akan suka dengan apa yang kau jumpai.

Pada suatu hari, aku sedang bosan sehingga aku putuskan untuk mencari namaku sendiri di Google. Aku mempunyai nama yang cukup aneh jadi mungkin hasil pencarian agak sedikit. Tetapi betapa terkejutnya aku apabila melihat menemukan satu website yang meletakkan nama lengkapku sebagai domain-nya.

www.(namaku).com

Saat aku meng-klik link tersebut, ia membawa aku ke sebuah message board. Aku melihat profil pemilik website itu dan menemukan bahawa orang itu juga seumuran denganku. Tidak ada posting apapun di website itu. Tetapi aku ingin tahu tentang hal ni jadi aku menyimpannya dalam website favourite ku.

Kira-kira sebulan kemudian, saat aku melihat kembali website tersebut. Ternyata sudah banyak benda yang sudah dia posting-kan. Kebanyakan adalah hal-hal biasa seperti.

Cuaca hari ini sangat bagus

Aku sangat bosan berada di tempat kerja.

Namun semakin lama aku melihatnya semakin banyak hal-hal yang kebetulan sama dengan kehidupan seharianku. Orang itu tinggal di bandar sama denganku. Hal itu membuatku berfikir dua kali. Memang agak aneh bila dua orang mempunyai nama sama, tinggal di bandar yang sama.

Satu hal lagi, aku menyedari bahawa isi postingnya cukup sama dengan kehidupanku.

Pemilik website itu juga pergi ke tempat yang sama denganku pergi. Awalnya aku tidak terlalu memikirkanya.

Hal itu mulai kelihatan seperti kebetulan yang sederhana. Setiap hari aku melihat website itu, semakin sama detailnya denganku. Misalnya pemilik website itu mengatakan bahawa nama anjingnya bernama Brandom, nama anjing itu sama dengan nama anjingku.

Si pemilik website itu mem-posting gambar sebuah kereta. Kereta itu sama dengan keretaku yang aku gunakan untuk menuju ke tempat kerja.

Pada suatu hari, saat aku melihat posting terbarunya, dia menulis "selamat ulang tahun!"

Hari itu adalah ulang tahunku.

Aku memutuskan untuk menulis di message boardnya untuk pertama kali kerana curiga. Aku akan mengucapkan selamat ulang tahun untuknya dan memberitahu kalau kami mempunyai tarikh lahir yang sama.

Namun setelah aku menekan tombol hantar. Pesanan itu sama sekali tidak tampil di message boardnya. Aku menekan banyak kali namun hasilnya tetap sama.

"pelik.." Gumamku.

Dengan kata lain, siapapun pemilik website itu seperti membuat website ini hanya untuk dia seorang. Seperti orang lain tidak dapat memberi komen.

"kenapa dia buat macam tu?" soalku hairan.

Aku memutuskan untuk menghantar emel kepada pemilik website itu.

Emelku macam ni: "hai, percaya atau tidak. Kita mempunyai nama yang sama! Gembira berjumpa dengan kau!"

Itu hanyalah sebuah emel singkat.

Hari seterusnya, ssaat aku mencuba membuka website tersebut. Aku mendapati kalau website itu telah hilang. Seperti sudah di hapuskan.

Kemudian aku membuka emelku.

Ada satu balasan, saat aku membukanya. Peluh dingin mula keluar dari tubuhku.

Balasannya: "akhirnya aku jumpai kau"

***

Siapa je tak takut kalau benda ni betul-betul terjadi. Diperhati oleh stalker. Apa yang dia nak sebenarnya? Tambahan lagi kalau dia tu psycho.

Cakap pasal psycho, ada satu cerita nih. Tahun berapa saya tak ingat tapi yang pasti sebelum tahun 2000 lagi lah.

Cerita ni tajuk 24 Hours Psycho. Kisah pasal psychopath la, dan ada satu website ni kata siapa yang tengok cerita tu mungkin mental akan jadi tak betul dan akan buatkan kita jadi psycho. Entah betul ke tidak tapi saya tak percaya ¯\_(ツ)_/¯

Vote [√]
Comment [√]

Scaryforkids-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now