3 ; Help!

47.6K 3.4K 247
                                    

***

Di malam hari di bulan Disember , ada seorang remaja lelaki yang sedang menjaga dua budak kecil , iaitu Zara yang berumur 7 tahun dan Ros berumur 6 tahun , keluarga mereka sedang meninggalkan rumah menuju ke mall untuk membeli keperluan dapur.

Jam 9 malam, tiba-tiba telefon rumah berdering.

Izz mengangkatnya dan hanya mendengar jeritan "Tolong!!Tolong aku!!" Akhirnya Izz meletakkan gangang telepon kerana menganggap pemanggil itu hanya bermain denganya.

30 minit kemudian.

Telepon itu berdering lagi , Izz mengangkatnya tetapi jeritan yang sama kedengaran "seseorang! Tolong aku! Aku merayu!"

Izz mula cemas , Zara dan Ros mula bertanya namun Izz tidak menjawab dan hanya menenangkan mereka.

15 minit kemudian.

Izz mendapat panggilan dari pemanggil yang sama tetapi suara pemanggil kali ini terdengar amat menakutkan.
"Tolong aku!! Tiada yang mahu tolong aku!!" Kemudian panggilan terputus.

Mereka bertiga mula berpelukan kerana mula ketakutan dengan si pemanggil
Ketukan pintu kedengaran , Izz tahu yang itu bukan keluarganya dan suara kedengaran di luar pintu .

"Tolong aku...Tolong Aku.." Izz mula runsing tidak tahu apa yang patut dia buat.

Tetapi akhirnya .."abang Izz akan benarkan dia masuk , dia perlukan bantuan" kata Izz lalu Ros dan Zara mengangguk setuju.

Tengah malam itu , keluarganya Izz baru tiba di rumah dan mendapati keadaan di dalam rumah sepi.

Mereka masuk ke dalam ruang tamu dan menyalakan lampu , seketika itu juga mereka melihat satu pandangan yang begitu mengerikan.

Izz dan kedua lagi anak mereka terbunuh dengan badan di kerat-kerat dan mereka mendapati dinding di rumah mereka tertulis perkataan dengan darah
Tulisan itu mengatakan ;

"Tolong aku sebelum aku membunuh lagi"

***The End

Vote&Comment

Scaryforkids-

-editing

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now