87 ; I Told You To Smile

18.9K 1.5K 377
                                    

***

Saat itu tanggal 2 Januari jam 2:04 pagi.  Aku terbangun kerana bunyi ketukan pintu ,  satu ketukan setiap tiga saat.

Aku memakai sweater ku lalu berjalan menuruni tangga ,  saat aku menuruni tangga ketukan itu semakin cepat.

Ketika aku sampai di depan pintu ketukan itu terhenti .  Aku membuka pintu dan melihat keluar ,  kosong tiada sesiapapun di luar.

Kemudian aku pergi balik ke bilik dan sambung tidur. Berfikir bahawa itu mungkin hanya kerja budak-budak nakal.

Jam 4:21 pagi aku tersedar dari tidur buat kali kedua kerana bunyi dentuman pintu yang kuat.

Aku terkejut dan bangun dari katil , mataku tertumpu pada tingkap dan kelihatan ade satu perkataan  'smile' tertulis di kaca.

Aku mengambil phoneku untuk menelefon polis tetapi dengan tiba-tiba aku terima satu pesanan.

'I told you to smile'

Jantung ku berdegup kencang dan lantas aku berlari keluar dari rumah
Aku menuju ke rumah jiranku ,  jiranku terkejut apabila melihat muka pucatku dan dengan segera menelefon polis.

Tepat pada jam 5:42 pagi ,  polis datang dan memeriksa rumah ku  . Mereka beritahu tidak ada jejak atau tanda seseorang berada di rumah itu.

Tulisan yang berada di tingkap juga hilang begitu juga pesanan di phone ku.

Esoknya aku balik ke rumah setelah menumpang rumah jiran ku .  Aku pergi ke bilik lalu memasang camera yang terarah di pintu bilik dan katil ku. Aku set kan dan tidur pada malam itu.

Nasib baik pada malam tu aku tidur dengan nyenyak. Aku mematikan kamera dan memeriksa rakaman ku.

Aku terkejut!

Pada jam 3 pagi , ada sesuatu merangkak keluar dari bawah katil ku.
Sesuatu yang telanjang dan sangat kurus .  Ia diam dan memandang ku tidur hingga satu jam lebih ,  tidak bergerak sama sekali.

Kemudian  ia bergerak ,  merangkak menuju ke arah kamera hingga hanya melihat wajahnya sahaja.
Ia pucat , mempunyai mata hitam pekat dan tersenyum lebar di wajahnya.

Ia memandang kamera selama dua jam lebih tanpa berkelip , hanya sesekali memutarkan kepalanya.

Setelah dua jam lebih,  ia kembali merangkak masuk ke dalam katilku .  Aku mempercepatkan rakaman video hingga aku bangun dari tidur.

Setelah video itu tamat ,  aku terdiam dan kaku
Peluh dingin mula keluar . Rakaman itu jelas menunjukkan bahawa ia berada di bawah katil ku.
Apapun ia masih berada di bawah katil ku.

Macam mana dengan katil kau?

***the end

Adakah itu The Rake ?

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu