24 ; Obsessive Compulsive

30.1K 2.5K 566
                                    

***

Hello , namaku Sandra  .. Aku adalah seorang penderita gangguan obsessive compulsive , itu adalah semacam serangan panik yang selalu terjadi
Boleh di katakan hidup ku berada di dalam pola sistematis.

Namun kelmarin , ade sesuatu yang terjadi di luar system itu.

Rumah ku berada di sebelah danau , dan aku akan bangun tepat jam 6:45 pagi , seperti biasa . Sebelum meninggalkan bilik , aku harus menyentuh tombol pintu tiga kali.

Aku harus lakukan itu , aku harus.

Saat berjalan turun dari tangga , aku tidak akan memijak anak tangga kedua terakhir.

Aku tidak pernah memijak anak tangga kedua tu , betul'2 tak pernah.

Aku menyiapkan sarapan seperti biasa . Roti bakar , dua biji telur separuh masak dan secawan kopi panas

Aku tidak pernah makan makanan lain selain tiga itu.

Aku membuka iPad , seperti biasa aku akan membaca berita utama . Masih ade sesuatu yang kurang.

Aku tidak boleh fikirkan itu "apa yang kurang?" Soal ku sendiri , perasaan ini terbawa sehinggalah aku berada di dalam kereta.

Saat aku keluar dari rumah , aku mengunci pintu rumah , membuka kuncinya dan mengunci lagi.

Sambil memandu , aku terus memikirkan hal itu
"Apa yang terlepas? Atau aku sudah pun langkah nya?".

Aku berharap perasaan aku akan menjadi baik setelah bekerja seharian , namun tidak . Perasaan tu terus ade selama 12 jam berikutnya.
Aku meniggalkan tempat kerja pada jam 6:45 petang dan terus ke rumah.

Sekitar 25 minit berada di jalan , aku berhenti di lampu merah di antara 2 jalan.

Apabila lampu merah menjadi hijau , aku kembali memikirkan hal itu . Pemandu lain yang berada di belakang ku mula membunyikan hon kereta.

Aku tidak bergerak tetapi menyuruh mereka melintasi kereta aku.

Aku memberhentikan kereta di simpang jalan.
Aku menyandarkan badan ku pada kerusi "apa yang aku tak buat?".

Aku menyentuh setiap bahagian kereta ku berharap agar ingatan ku kembali.
Aku menyentuh dashboard , tempat duduk dan juga atap kereta . Namun aku tak ingat apa'2.

Aku kembali memandu kereta dengan tangan yang gementar
Rasanya ade yang salah , aku tak suka perasaan ni

Tiba di rumah , aku memasukkan kereta ku ke dalam garaj , aku selalu mencuci kereta setiap hari kerja dan tidak pernah saat weekend.

Aku hanya mencuci bahagian depan sahaja , tidak di bahagian samping.
Tak peduli seberapa kotor pon aku tidak akan mencuci bahagian itu , tidak pernah.

Namun tiba'2 satu terlintas , ade yang kurang!
"Bermula dengan berita utama , kemudian persimpangan jalan , sekarang?!"

Setelah mencuci keretaku , aku berlari kecil ke kebun belakang.

Selalu berlari kecil , tidak berjalan ataupun berlari.

Bila membuka almari barang , aku kembali merasa ade yang kurang.

"TIDAK!! MESTI ADA SESUATU YANG AKU TERLEPAS!"

Aku memandang danau , memandang danau membuatkan perasaan ku sedikit tenang.

***

Keesokan paginya , aku bangun jam 6:45 pagi.

Menyentuh tombol pintu tiga kali.

Tidak memijak anak tangga kedua terakhir .

Berjalan ke dapur , menyiapkan roti bakar , dua biji telur separuh masak dan secawan kopi panas.

Membuka iPad dan membaca berita utama.

Ade sesuatu yang kurang...

Aku berasa cemas , apa yang aku terlepas?

Dengan cepat aku keluar dari rumah , mengunci pintu , membukanya dan mengunci pintu lagi dan lantas memandu kereta.

Aku menuju ke tempat kerja dan balik dari tempat kerja pada jam 6:45 petang.

Aku memandu secepat mungkin untuk pulang ke rumah , secepat mungkin.

Apa ... Yang .. Aku .. lupakan

Aku sampai di persimpangan antara dua jalan

Cepat  ... fikir! .. Cepat berfikir!

Kelihatan seorang lelaki yang sedang berjalan di persimpangan itu , dia sedang melintas jalan ke seberang.

Kenape aku tak boleh mengingati nya ?!

Lelaki itu memandang kereta ku apabila menyadari bahawa kereta ku bergerak ke arahnya dengan kecepatan maksimum.

Aku tahu dia ade kat situ , lelaki itu terkejut apabila aku melanggarnya.
Bunyi seperti sesuatu yang hancur terdengar dari bahagian bawah keretaku .

Oh tuhan ,

Aku keluar dari kereta , berfikir apa yang patut aku buat . Lelaki itu terbaring berlumuran darah.

Aku membuka pintu belakang kereta ku , aku mengangkat lelaki itu lalu memasukkan nya kedalam , kemudian aku kembali memandu.

Aku mem-parking kan kereta ke dalam garaj , aku mencuci darah di bahagian depan , aku tidak mencuci di bahagian sampingan , aku tidak akan cuci

Aku menyeret tubuh lelaki itu di halaman belakang ruang ke arah gudang . Di sana ade plastik sampah yang besar dan gergaji.

Aku memotong tubuh lelaki itu lalu dimasukkan ke dalam plastik sampah hitam itu.

Aku lalu membuang plastik sampah itu ke dalam danau dan tenggelam.

***

Keesokan paginya , aku bangun jam 6:45 petang .

Menyentuh tombol pintu tiga kali.

Tidak memijak anak tangga kedua terakhir.

Menuju ke dapur , menyediakan roti bakar , dua biji telur separuh masak dan secawan kopi panas , sambil makan aku membaca berita utama menggunakan iPad.

Berita Utama: Pembunuhan Langgar Lari Muncul Kembali.

Aku tersenyum

Semuanya sudah kembali normal

***The End

Keterangan;  dalam cerita ni  , Sandra ada penyakit yang seperti dia kena buat juga setiap hari (perkara harian dia) kalau dia tak buat dia akan jadi resah dan tak tenang ,  dan Sandra  lupa untuk langgar seseorang jadi cerita dari awal menunjukkan Sandra tertinggal untuk melanggar seseorang jadi dia resah , sehingga lah dia ada langgar seseorang then esoknya berita tu keluar di laman sosial ,  Sandra baru lah rasa lengkap kehidupan sehariannya  (apa yang saya tulis ni?--)

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now