129 ; The Talk

15.9K 1.2K 78
                                    

***

Bip Bip Bip *monitor jantung*

"aah.. di mana aku sekarang?"

"Woah..tenanglah"

"..kenape? Kenapa aku tak boleh melihat?"

"Kita kemalangan tadi dengan kereta ,  kau tak ingat Mingyu?"

"Apa..apa maksud kau?"

"Kau tak ingat? Kita memandu kereta untuk bercuti di musim panas  , kan?"

"Kepala aku pening.. aku tk ingat  , cuba kau ceritakan"

"Okay , kau ingat?  Beberapa hari yang lalu aku ajak kau pergi pantai sekali menjenguk member kita yang lain , kau setuju dan kita bertolak pada waktu malam"

"Tunggu..kalau kita kemalangan  , kau tidak apa-apa?"

"Aku tak teruk ,  kau yang teruk. Doktor bagitau yang kepala kau retak .  Saat kau tengah memandu ,  ada sesuatu di jalan dan kau mengelak lalu kau merempuh penghadang jalan"

"Kereta aku baik-baik je kan?"

"Aku ras tak ,  tapi kereta Dodge kau tengah dibaiki"

"Aku tak boleh bergerak"

"Camni.. bila kau dimasukkan hospital , kau sempat mengalami kejang jadi doktor fikir lebih baik kau ditahan di bilik tidur"

"Tunggu..rasanya aku ingat sikit ,  kereta kita langgar penghadang jalan dan terbabas dalam kawasan hutan kan?  Jadi macam mana kita boleh ada di hospital"

"Kau ni , aku call pihak hospital dengan phone lah"

"Tapi kita di kawasan hutan ,  macam mana kau dapat signal ?"

"Aku dapat,  tapi signal lemah sangat . Tapi yang penting kau lebih baik sekarang"

"Yah...terima kasih Woozi"

"Sama-sama sahabat"

"Okay sekarang cakap dengan jujur ,  siapa kau sebenarnya? "

"Hah?  Maksud kau?"

"Nama kawan aku Wonwoo , bukan Woozi"

"Oh..maaf ku rasa mungkin aku penat "

"Dan kau panggil aku Mingyu , Wonwoo selalu panggil aku Gyu sejak kami kecil .  Dan kereta aku bukan Dodge tapi Ford"

"Camni sahabat.. mungkin lebih baik kau berehat dulu ,  kau letih nampaknya"

"Aku nak berjumpa doktor!"

"Sayangnya kau tak boleh , aku satu-satunya yang ada kat sini"

"Apa maksud kau?"

"Sebenarnya kau bukan ada di hospital"

"Jadi..aku ada di mana?"

"Di rumah aku ,  tak jauh dari kawasan kau kemalangan"

"Apa yang kau dah buat pada Wonwoo!"

"Wah..aku cuma suruh kau tidur , bukan suruh kau banyak soal"

"Apa yang kau buat?!"

"Padahal aku susah payah tiru suara Wonwoo ,  tapi akhirnya terbongkar juga"

"WONWOO!"

"Yah..tak payah susah-susah nak menjerit ,  dia takkan dapat dengar kau kalau kepalanya dah takde"

"Setan kau"

*bunyi logam diasah*

"Hm..macam ni ceritanya ,  kau dan kawan kau asyik berbual sambil memandu dan semestinya kau kurang fokus pada jalan . Aku lempar bangkai binatang di tengah jalan jadi kau rempuh bangkai tu dan kereta kau hilang kawalan . Kau pengsan tapi kawan kau susah pengsan dan nak ditenangkan"

"Celaka kau"

"Ya..kawan kau cakap camtu jugak pada aku sebelum aku potong lehernya"

"Kenapa..kenapa kau buat semua tu?"

"Cmni..persediaan makanan aku untuk musim sejuk ni tidak sengaja terbakar .  Jadi aku dengan segera perlu mencari sumber makanan baru"

"Jadi tu yang kau nak? Kalau betul kenapa aku masih dipakaikan monitor jantung?

"Kerana aku fikir daging hidup lebih sedap dari daging yang sudah mati

###

##

#

Kanibal..again

Ouh ya jangan lupa baca story ni!

Ouh ya jangan lupa baca story ni!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now