82 ; Delicious Soup

19.3K 1.5K 278
                                    

***

Wooshin adalah seorang pelajar sekolah yang amat sibuk dengan aktiviti sekolah yang dijalankan ,  tambahan lagi dia tinggal bersendirian jadi dia selalu makan di luar rumah dan restoran yang selalu Wooshin kunjungi adalah restoran yang bernama 'Delicious Soup'.

Restoran itu adalah restoran yang paling terkenal di bandar itu   , makanan yang popular di situ adalah sup kaki ayam  dan supnya amatlah enak.

Malam itu ,  Wooshin menuju ke restoran itu .  Wooshin memang salah seorang penggemar sup kaki ayam  . Selesai duduk dia terus memesan sup kesukaannya lalu didatangi seorang pelayan yang bernama Jun.

"Pesan apa?" Soal Jun  , si pelayan.

"Macam biasa ,  sup kaki ayam dan orange juice" kata Wooshin.

"Baiklah, tapi untuk sup kaki ayam harus menunggu sedikit lama kerana tukang masak kami sedang memotong kaki ayam " terang Jun.

"saya akan tunggu " balas Wooshin tersenyum.

"Baiklah" kata Jun lalu berlalu pergi.

Wooshin menunggu pesanannya sambil membaca buku yang baru dibelinya tadi.

Namun suasana restoran tiba-tiba menjadi kelam-kabut apabila terdengar jeritan seorang wanita dari dapur menyebabkan pengunjung terkejut dan tertanya-tanya tentang apa yang terjadi.

Lalu Wooshin bertanya pada seorang pelayan "Kenapa, apa yang berlaku?" Soal Wooshin.

"Tenang encik ,  tidak ada perkara yang serius berlaku.. ada salah seorang pekerja kami tiba-tiba pengsan" kata pelayan itu.

"Kalau boleh tahu , apa yang terjadi dengan pekerja tu?" Soal Wooshin lagi kerana ingin tahu.

"Oh dia cuma pengsan saat sedang memotong kaki-kaki ayam ,  pekerja tu mungkin keletihan dan banyak berfikir"terang pelayan itu.

Dengan segera ambulans datang dan membawa pekerja itu ke hospital  . Tidak lama kemudian ,  sup kaki ayam yang dipesan Wooshin sampai .  Lantas Wooshin menikmati sup kaki ayam nya.

Namun ,  dia merasa ada yang pelik dengan sup itu
Kali ni rasa sup itu berbeza dengan sup kaki ayam yang pernah dia sebelum ni. 

Sup ni agak hanyir dan rasa dagingnya lebih kenyal dari sebelum ni.  Kuku kaki ayam itu pun terasa lebih tajam.

Tiba-tiba restoran tersebut mendapat panggilan dari pihak hospital  , yang memberitahu khabar tentang keadaan pekerja restoran tersebut.

"Macam mana keadaan pekerja kami tu doktor? " soal Jun di dalam panggilan.

[Oh tidak ada apa-apa ,  tapi...]

"Tapi apa?" Soal Jun ingin tahu.

[Pekerja tu kehilangan salah satu jari tangannya ]

Jun terkejut.

Lalu memandang Wooshin yang sedang menikmati sup kaki ayam daripada restoran 'Delicous Soup'

***the end

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now