17 ; Kuchisake-Onna

37.5K 2.5K 570
                                    

***

Kuchisake-Onna (perempuan bermulut robek , ade di pic multimedia)
Adalah sejenis hantu yang wujud dalam lagenda Japan , ia adalah seorang hantu perempuan bermulut robek

Dalam lagenda Japan , dia menutupi mulutnya dengan mask dan sering muncul di jalan'2 yang sepi , dia akan bertanya pada orang yang dijumpai nya adalah dia cantik?

Pada akhir tahun 1970-an , beberapa sekolah menyarankan agar pelajar pulang secara berkumpulan atau ditemani guru supaya selamat

(Lagenda Kuchisake-Onna ver.1)
Kuchisake-Onna sebenarnya adalah seorang perempuan muda yang hidup di zaman Heian . Dia adalah seorang isteri yang berwajah cantik namun sombong , dia juga selalu berselingkuh di belakang suami nya . Suaminya merasa sangat cemburu sehingga menyerang dan merobek kan mulutnya sehingga ke paras telinga

"Sekarang siapa yang akan cakap kau cantik?" Kata suaminya

(Lagenda Kuchisake-Onna ver.2)
Kuchisake-Onna adalah seorang korban dari operasi pembedahan plastik yang gagal . Konon nya , doktor yang sedang membuat pembedahan itu sejenis minyak rambut dengan bau yang agak kuat . Ketika operasi berjalan , dia tidak dapat fokus kerana bau minyak rambut itu sehingga tidak sengaja laser yang dipegang nya telah terkena pada mulut perempuan itu sehingga ke telinga

Perempuan itu mula histeria dan marah lalu membunuh doktor itu , dan selepas itu , perempuan itu dibunuh pula oleh penduduk kampung nya

Ade beberapa lagi versi lain mengenai asal-usul nya , namun kurang popular , contohnya;

*Mangsa kemalangan jalan raya sehingga muka nya rosak

*Seorang mangsa rogol yang mulutnya telah dirobek oleh si perogol atau dia melakukan sendiri kerana telah menjadi gila

Kuchisake-Onna menutup mulut berobek nye dengan mask putih dan sering berjalan di jalan sepi dan malam berkabus

Bila bertemu dengan seseorang (terutamanya pelajar sekolah menengah dan orang muda) di jalan yang sunyi , dia akan bertanya

"Adakah saya cantik?" (Wata shi ki rei?)

Bila menjawab "ya" , dia akan membuka mask nya dan bertanya lagi

"Sekarang macam mana?"

Pada saat itu , si korban menjawab "tidak" maka dia akan dibunuh dengan gunting , sabit dan pisau tajam

Apabila si korban menjawab "ya" Kuchisake-Onna akan gembira dan melepaskan mangsa nya , namun ade juga yang kata bahwa Kuchisake-Onna akn mengikuti mangsa nya sehingga ke rumah dan membunuh di hadapan pintu rumah mangsa nya

Lagenda Japan yang popular pada tahun 1970-an mengatakan bahawa mangsa akan selamat apabila menjawab "biasa saja" . Sementara itu versi pada tahun 2000-an (Saya 00 line , omo~) mengatakan bahawa mangsa akan selamat apabila menjawab "bagus" , ini kerana Kuchisake-Onna akan menjadi keliru dan bingung dan saat itulah mangsa mempunyai peluang untuk melarikan diri

Versi lain pula mengatakan bahawa mangsa boleh bertanya balik pada Kuchisake-Onna "Adakah saya juga cantik?"

Kuchisake-Onna akan keliru dan bingung lalu dia berjalan pergi

Selain itu , ada juga yang mengatakan bahawa apabila kita terserempak dengan Kuchisake-Onna , kita boleh menyebut "pomade" sebanyak tiga kali ataupun enam kali . Kerana itu akn mengingat kan dia tentang operasi pembedahan plastik itu dan Kuchisake-Onna akn melarikan diri

Kononnya juga , di asrama perempuan dan lelaki tidak akan dibenarkan pergi ke tandas pada lewat malam , khabarnya Kuchisake-Onna akan melepaskan dendam nya di dalam tandas siapa yang terserempak dengan nya . Kejadian pelik di tandas asrama pada waktu malam menyebabkan pelajar di sarankan pergi ke tandas beramai-ramai

***The END

Ergh , kalau saya terserempak dengn Kuchisake-Onna tak boleh bayangkan macam mana..huhu nasib la hantu ni di Japan

Macam mana? Kalau nak tau lagi tentang hantu Japan sila komen dan untuk Korea punya saya akan cari jugak

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now