6 ; The Dog

43.8K 3K 314
                                    

Based on true story.

***

Peristiwa ini berlaku tahun lalu dalam pertengahan Oktober , aku dan dua lagi rakanku baru lepas balik dari bercuti di sebuah pulau terkenal.

Kami bertolak ke rumah masing-masing dalam jam 11 malam.

Salah seorang rakanku bernama Azim sudah pun terlelap di seat belakang
, Zahar rakanku seorang lagi berada di sebelahku di bahagian pemandu sedang bermain game di dalam phonenya , manakala aku yang memandu kereta.

Aku mengikuti arah jalan dari GPS ketika memandu , suatu saat , aku memandu kereta melewati sebuah jalan yang panjang yang dikelilingi hutan tebal di kedua belah.
Hanya lampu jalan jarak jauh yang menerangkan jalan kecuali lampu hadapan kereta.

Semua baik-baik saja dan kedengaran perlahan lagu dari phone Azim dari belakang yang tidak ditutupnya dan sesekali bunyi game Zahar.

Dengan tiba-tiba kereta yangku pandu bergegar seolah-olah aku melanggar sesuatu , Zahar terkejut dan lantas men-pause kan gamenya , Azim masih tidak sedarkan diri.

Aku lansung menekan break dan kereta berhenti secara mendadak , dadaku berdegup kencang kerana terkejut "Apa terjadi? Aku langgar apa?" Soalku panik.

Zahar menurunkan cermin kereta disebelahnya dan mengeluarkan kepala melihat di luar tingkap dan dia mendengus geram lalu menatapku. "Wei Hakim! Kau baru langgar anjing!" Marahnya.

Aku juga mengeluarkan kepalaku melangkaui tingkap kereta , dan memang betul , aku baru sahaja melanggar seekor anjing dan anjing itu terbaring di atas jalan beberapa meter dari keretaku.

Aku tidak marahkan Zahar yang tiba-tiba membebel kerana aku tahu Zahar amat sayangi binatang.

Zahar tiba-tiba membuka pintu dan mengeluarkan kakinya sebelah namun cepat aku menarik tangan Zahar membuatkan Zahar masuk kembali.

"Aku nak pergi check anjing tu" kata Zahar kesal.

Aku menggeleng kepala
"Lebih baik jangan" halang ku membuatkan Zahar menatapku bingung.

Aku rasa ada benda yang tidak kena.

Aku bukan apa , tapi tadi aku sudah bawa kereta dengan cukup berhemah , mataku tadi selalu perhatikan jalan dan setahu aku tadi tiada seekor anjing pun yang melintas jalan .. okay..memang jalan tadi sedikit gelap tapi lampu kereta menyuluh jalan dan tiada seekor anjing pun!

Aku memandang lagi anjing itu , anjing itu hanya diterangi oleh lampu jalan yang tidak jauh darinya. Anjing itu cukup besar , mungkin jenis Golden Retriever.

Satu hal yang menarik perhatianku adalah ekor anjing itu masih bergoyang-goyang , ini bermaksud anjing tu tidak cedera terukkan? Tanpa menunggu lama aku lantas menggerakkan kereta secara perlahan untuk lebih berhati hati lagi
Zahar masih memandang ke luar tingkap namun tiba-tiba...

"Apa benda tu?" Soal Zahar dengan suara gementar.

Aku memandang dengan cermin kereta pandang belakang dan aku terkejut!

Walaupun agak gelap aku dapat memandang kelibat seperti 3 orang berbadan besar namun berbulu keluar dari pokok-pokok di sebelah jalan. Anjing itu yang tadi berbaring kembali bangun dan mengelilingi 3 orang berbulu itu.

3 orang berbulu itu memandang kereta kami dan sesekali berjalan menuju ke arah kereta yang sedangku pandu perlahan.

"Lajukan kereta wey!" Arah Zahar sudah ketakutan. Aku lantas melajukan kereta sehingga lah jauh dari 3 makhluk misteri dan anjing itu.

Sejak perjalanan sehingga ke rumah , aku dan Zahar tidak bersuara lansung dan sedang berfikir.

Macam mana kereta yang ku pandu tiba-tiba bergegar dengan sendiri seperti melanggar sesuatu

Dan

Apa akan berlaku pada kami kalau Zahar dan aku keluar dari kereta pada malam itu.

***The End

Vote&Comment

Scaryforkids-

-editing

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now