111 ; Phone Addiction

18.6K 1.4K 237
                                    

***

Isteri ku mengatakan bahawa aku ketagih(kecanduan) dengan bermain handphone .
Memang handphone telah mempengaruhi kehidupan seharian kita , banyak benda yang kita boleh buat .
Facebook , Twitter , Instagram dan yang lain.

Secara peribadi aku tak melihat adanya bahaya dari itu tapi hal itu merupakan pergaduhan utama dalam perkahwinan kami.

"Demi tuhan! Jared ! boleh tak awak letak sekejap phone awak tu dan tolong saya?!" Jerit isteri ku . Bayi kami menangis dan hal itu dari tadi lagi terjadi , namun artikel mengenai Virginia Wolf amat menarik perhatianku.

"Saya perlu berehat sekejap.." katanya kelelahan lalu memberikan bayi kami kepadaku yang baru berumur 12 minggu.

"Pastikan dia tidur bila saya balik.. tak payah mandikan dia , saya nak keluar beli barang dapur " kata isteri ku , meraih kunci kereta di meja lalu berlalu pergi.

Anak perempuanku masih lagi menangis dan memberontak dalam gendonganku , jadi aku memutuskan untuk memandikannya.

Isteri ku memang sudah berpesan agar jangan mandikan dia tapi.. PEDULI APA?

Aku memenuhi bathtub dengan air suam dan sedikit pewangi. Air yang sedikit hangat untuk membuatkan dia gembira . Dia memercikkan air ke seluruh tempat dan tertawa kecil . Suara dia ketika mandi adalah perkara yang amat aku sukai.

Iphoneku bergetar , mungkin noti dari salah satu akaun media ku . Betul.. penuh komen di gambar anak perempuan ku di Instagram yang aku upload semalam . Setelah itu aku memeriksa Facebook dan kemudian Twitter dan seterusnya akaun lain
Noti lain muncul pada skrin phoneku.

"Apa?! Battery hanya tinggal 20% cepat betul!" Kata ku lalu baru sahaja aku ingin keluar untuk mengecas phone. Namun terhenti.

Tapi , semestinya aku sedar akan kesalahan yang aku buat . Aku tak ingin melakukannya lagi .
Kupaksa diriku untuk melihat ke arah bathtub.

Anak ku tidak lagi memercikkan air , tidak lagi ketawa atau menangis. Dari ruang tamu , aku mendengar bunyi pintu ditutup dan bunyi kunci kereta diletakkan di atas meja.

Rasa panik mula mengusai diri ku. Jantungku berdegup kencang . Sungguh aku tidak tahu macam mana untuk menjelaskan ini bahawa aku telah melakukannya lagi.

###

##

#

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now