118 ; Pet Cat

18.1K 1.3K 57
                                    

***

Beberapa bulan lalu , aku dan keluarga ku berpindah ke sebuah desa kecil dan aku perlu bersekolah di sana

Jiran ku adalah seorang perempuan yang gila , dia menghabiskan masanya dengan duduk di depan rumahnya sendirian sambil bercakap seorang diri

Suatu hari ,  ketika aku melintasi rumahnya ,  aku menyedari bahawa dia tengah mengelus sesuatu di pangkuannya.

Awalnya aku fikir itu kucing tetapi bila aku melihat dengan lebih dekat ternyata tiada apapun di atas pangkuannya.  Dia hanya meletakkan tangan di lutut dan mengelus udara

Mungkin dulu dia ada haiwan peliharaan ,  fikir ku dan haiwan peliharaan mati dan dia berfikir bahawa mungkin haiwannya masih ada di situ

Aku meraka kesian melihat perempuan tua itu ,  aku menghela nafas dan sambung berjalan

Pada suatu malam ,  apabila aku tersedar dari tidur pada tengah malam .  Aku dapat rasakan ade sesuatu yang pelik.  Aku bangun kerana merasa ada benda berbulu di sebelah ku

Aku ketakutan dan lantas bangun dari katil  , dari hujung mata ku aku melihat bayangan hitam yang turun ke lantai kemudian keluar melalui pintu

Aku sangat terkejut saat itu dan mula berlaga tenang
Alu berfikir bahawa itu mungkin kucing atau anjing yang tersesat masuk

Kemudian tanpa sengaja aku memandang ke arah tingkap  dan.. aku melihat perempuan tua itu berdiri di bawah lampu jalan ,  di depan rumahnya

Rambutnya yang beruban dan panjang berkibar kerana ditiup angin
Matanya terbuka luas dan memandang lurus ke arah ku

Aku ketakutan lalu berlari menjauhi tingkap
Kemudian perempuan itu berjalan dengan lambat masuk ke dalam rumahnya

Setelah lama aku meredakan diri ,  lalu aku kembali tidur dengan ketakutan  . Saat aku hampir tertidur tadi..aku teringat akan sesuatu

Ketika aku melihat bayangan kucing atau anjing yang keluar dari bilik ku..  sesuatu itu tidak seperti berlari.. lebih tepat lagi ia seperti sedang bergolek di atas lantai

-

Pagi harinya , aku bangun dan turun ke dapur untuk sarapan . Dalam perjalanan menuju ke sekolah ,  aku melewati rumah perempuan tua itu lagi .  Seperti biasa ,  bercakap seorang diri dan mengelus sesuatu yang tidak kelihatan di atas pangkuanya

Ketika aku melewati nya ,  dengan samar-samar aku mendengar dia bercakap

"Apa yang kau buat ? Kenape kau lari dari aku semalam? Tengok..kau dah takutkan perempuan tu!"

Perasaan ku mula tidak sedap dan mula rasa gementar  , aku dengan laju lari dari situ

Di sekolah ,  aku cuba menanyakan tentang hal perempuan tua kepada rakan ku yang lain
Tidak ada yang tahu tentang perempuan itu melainkan bahawa perempuan tua itu keluar dari rumah sakit jiwa sekitar 10 tahun yang lalu

Mereka bagitau bahawa dia mempunyai gangguan jiwa dan sejak itu semua orang mula menjauhinya
Sejak dia keluar dari hospital itu ,  dia hanya duduk diam di depan rumahnya

Beberapa hari kemudian ,  appa ku berbual dengan jiran sebelah rumah ku yang lain  . Apabila appa ku bertanya kepada jiran ku itu tentang perempuan tua itu ,  dia menceritakan hal yang membuat bulu roma ku menegak

Appa ku beritahu bahawa ketika dia masih muda , dia menikahi dan tinggal di tempat yang bersama suaminya

Perempuan tua itu mencuriga bahawa suaminya curang selama bertahun-tahun tanpa pengetahuan nya .  Kemudian pada suatu malam ,  dia berjumpa suaminya bersama dengan perempuan lain
Dia membunuh suaminya dengan kapak dan memenggalkan kepala suminya

Ketika polis datang ,  dia sedang duduk di depan rumahnya sambil menyeringai gila

Kepala suaminya berada di atas pangkuannya
Dia bercakap dengan kepala suaminya itu dan mengelus dengan lembut

###

##

#

Mian sebab dah lama tak update , saya malas nak taip ╮(╯3╰)╭ , and..cerita ni biasa sangat 〒▽〒

Fresh update for creeploversssss ✨

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now