148 ; The Red Light Scene

15.7K 1.2K 87
                                    

***

Aku berpindah ke sebuah kota yang paling menyebalkan , aku menunggu diam di dalam kereta , menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.

Sedang pandangan mataku meliar di sekitar jalan , aku melihat ada seorang ibu dan seorang budak lelaki yang memakai topeng semacam keldai. Berdiri di samping jalan sambil menatap ke arahku.

Aku dapat melihat kesan lebam dan merah di seluruh tangan budak lelaki itu , seperti didera oleh perempuan yang berada di sebelahnya , kemungkinan ibu budak lelaki itu.

Aku menebak kalau perempuan itu adalah seorang pemujaan kepercayaan aneh yang sangat ringan tangan.

Tyipcal ibu yang aku benci , budak lelaki tu melambaikan tangan kepadaku , aku dapat melihat matanya dari topeng itu berair seperti sedang menangis. Matanya berkaca meminta pertolongan , penuh dengan ketakutan.

Pada akhirnya aku hanya dapat berlalu pergi apabila lampu merah sudahpun bertukar hijau.

Masuk sahaja di rumah , aku agak terkejut apabila keadaan di dalam rumah berselerak. Dan anakku yang sepatutnya sekarang berada di rumah sudah tiada.

Terdapat sepucuk surat di atas katil anakku.

"Aku mengambil anakmu , kau tidak akan bertemu dengannya lagi. Jangan cakap kalau aku tidak memberikan peluang untuk mengucapkan selamat tinggal. Aku sudah menyuruhnya untuk melambaikan tangan kepadamu"

***

Memang menakutkan dan pelik  bila ada orang pakai topeng berbentuk keldai. Ada saya tengok dalm youtube dimana video yang menunjukkan gambar yang mengejutkan tertangkap dalam Google Maps.  Salah satu dari video itu ada gambar beberapa orang yang pakai topeng keldai dan burung helang sedang beratur/berdiri di samping jalan raya . Sambil tu diaorang tengok je kereta yang lalu kat situ.

Vote [/]
Comment [/]

lelepons-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now