60 ; Death Note

21.4K 1.7K 103
                                    

***

"Anna si anak peramal tu memang merbahaya"

Nama ku Lily  , sudah biasa bagiku mendengar kawan-kawan ku yang lain bercakap tentang hal nya
Rumor di sekolahku mengatakan bahawa ayahnya adalah seorang peramal

Mungkin disebabkan aku terlalu membaca komik
Tapi aku melihat dengan anak mataku sendiri Anna menulis nama Melly di dalam nota bewarna hitam yang dipegangnya.

Lalu Melly jatuh pengsan dan terus tidak bernafas begitu saja ,  ya..  seperti di dalam komik deathnote

Yang berbezanya Anna mengoyakkan nota yang ditulis itu barulah nama yang tercatat di dalam nota itu mati

Aku yang dari tadi berlari kerana ketakutan spontan berhenti dengan termengah-mengah  , sepatutnya jika aku ingin selamat aku perlu berbincang dengan nya dulu.

Aku berlari semula menuju ke arah di mana Melly terbaring,  dan Anna masih berada di tepi Melly .

"Tolong,  aku rasa dia sakit jantung ,  kenape kau lari tadi?" Soal Anna dengan sandiwara

Aku mendekat berpura-pura ingin menolongnya. Dengan pantas aku merampas buku nota hitamnya dan berundur beberapa tapak

"Aku tengok semuanya! Kau bunuh Melly dengan tulis namanya di atas nota ni!" Kata ku

Anna sedikit terkejut namun tenang kembali lalu tersenyum "kau terlalu banyak baca komik Lily, kau takut buku nota tu aku guna untuk bunuh kau?" Soal Anna

Anna mengeluarkan wang kertas dari poket kotnya lalu menulis "... Lily" katanya sambil menulis nama ku

Anna memandangku lalu tersenyum sinis

"Bukan buku notanya yang kau patut takut Lily  , tapi pennya"

Kata Anna tersenyum jahat lalu mengoyak wang kertas itu 

***

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now