36 ; There's Something In The Ladies Room

27.9K 1.9K 476
                                    

There's something in the ladies room (title panjang sangat :> )

Penulis: John Jennings

***

Pada malam Sabtu dan Ahad  , sekolah ku akan membuat kelas malam khas untuk pelajar yang akan menduduki exam penting tahun ni.
Sejujurnya aku tiada masalah dengan kelas yang cikgu buat tapi ada satu sahaja kekurangan pada waktu itu.

Adalah tandas.

Di block ni ,  hanya tandas perempuan sahaja dapat digunakan kerana tandas lelaki sedang dibaiki dan jika hendak menggukan juga tandas lelaki
Kitaorang terpaksa melintasi padang yang gelap untuk sampai di block lain.

Jadi..  terpaksalah pelajar lelaki dan perempuan berkongsi tandas,  tetapi pelajar perempuan jarang pergi ke tandas kerana takut.

Tetapi aku benci masuk ke dalam tandas perempuan
Satu kerana malu dan kedua,  aku terasa seperti aku bukan berada sendirian.

Aku ingat lagi buat pertama kali aku menggunakan tandas perempuan,  saat itu aku mempunyai dua pilihan sama ada menggunakan tandas perempuan ataupun berlari melintasi padang menuju ke block yang sememangnya gelap.

Waktu tu aku meminta bantuan dengan salah sorang rakan perempuan ku untuk memeriksa dahulu setiap tandas sama ada orang ataupun tidak.
Setelah selesai  aku masuk dalam salah satu tandas dan rakan perempuanku menunggu di luar.

Sunyi..hanya aku sahaja kini berada di dalam tandas hingga aku mendengar bunyi lain.
Bunyi seperti langkah kaki yang sangaatt ringan  , lalu

Ngiiik...

Jantung ke berhenti ,  itu adalah bunyi di sebelah ku
Seperti ade seseorang yang berada di dalam tandas selain diriku
Mungkin orang itu masuk tanpa di perasan oleh rakan ku ataupun mungkin dari tdi lagi dia berada di dalam tandas
Tiba'2 sahaja bunyi itu datang lagi

Ngiiik..

Seperti pintu terbuka dengan perlahan dan tiba'2

Tuk

Dengan perlahan
Setelah selesai,  aku menghembus nafas lega dan keluar dari tandas

Rakan perempuan ku bersumpah bahawa semua tandas kosong sebelum aku masuk
Aku tidak yakin atau mungkin je aku salah dengar
Aku melupakan hal itu semua

Setelah beberapa kali aku menggunakan tandas perempuan itu.. aku terasa amat terseksa
Ada satu kali ,  aku sedang membasuh tangan dan aku memandang cermin dan aku bersumpah aku melihat ade sesuatu bergerak di sudut mataku

Satu gerakan cepat di salah satu tandas
Seperti seseorang (atau sesuatu) dengan cepat berusaha lari dari tatapan ku dan aku mendengar bunyi yang amat biasa aku terdengar

Ngiiik..

Lalu

Tuk

Patutlah pelajar perempuan tidak suka datang ke tandas  malam'2  , mungkin disebabkan bunyi tu 

***

Pada suatu malam hari  , perutku amatlah terasa sakit dan seperti hendak melabur
Aku lantas berlari ke arah tandas perempuan dan masuk ke dalam salah satu tandas

Setelah 15 minit berada di dalam tandas  , aku mula terasa aura seram yang semacam
Aku mula mendengar derapan tapak kaki

Tap..  tap.. tap..

Tidak..  tidak mungkin aku tengah berkhayal
Aku betul'2 sedang mendengar bunyi tapak kaki , tidak..  tu bukan langkah kaki

Seperti ade seseorang merangkak

Jantungku berdebar dan aku tertanya'2 dari mana bunyi itu datang
Bunyi itu bukan berasal dari luar

Bunyi itu berasal dari atas ku  , tepat di atas ku

Aku dengan berani memandang ke atas dan bunyi itu hilang untuk sesaat
Jantung ku berdebar kuat sehingga terasa sakit
Kemudian

Ngiiik..

Pada saat itulah aku sedar yang selama ni aku bukanlah mendengar bunyi itu datang dari tandas sebelah atau pintu terbuka

Itu adalah papan platfon atas yang diangkat

Saat papan platfon itu bergesel terbuka
Aku pun melihatnya
Mataku terbuka luas dan mulutku ternganga luas

Dan ia balik menatapku

Aku melihat matanya,  mata itu memandangku untuk beberapa saat
Secepat itu dia menghilang
Bunyi terakhir yang aku dengar adalah

Tuk

Perlahan apabila 'dia' meletakkan kembali papan platfon itu ditempatnya

Aku langsung berlari keluar dari tandas dan menuju ke kelas tanpa berfikir apa'2

Itu jelas wajah seorang lelaki , namun wajah sepenuhnya tidaklah manusia

***the End

Which blonde is your favorite? Comment your answers

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Which blonde is your favorite?
Comment your answers

-Kim Taehyung  , look like anime ^^

Malam ni saya bagi double update ヽ(´▽`)/

Vote [√]
Comment  [√]

KsJin _Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now