86 ; A Close Call

17.8K 1.6K 133
                                    

***

Namaku Jessica Jung  , saat itu aku masih berumur 17 tahun  , aku mempunyai seorang rakan karib yang bernama Sunny yang  tinggal hanya beberapa block dari rumahku.

Suatu hari selepas pulang dari sekolah ,  aku pergi ke rumah Sunny untuk membuat kerja sekolah bersama-sama.

Keadaan rumahnya amat sepi apabila aku sampai di sana. Aku mengetuk pintu beberapa kali sambil terus memanggil namanya namun tiada jawapan.

Kereta milik ibunya masih ada di dalam garaj , jadi aku tahu bahawa dia ada di rumah.

"Sunny!"

"Keluarlah! Aku tahu kau ada di dalam"

Dan tetap tidak ada jawapan  ,  hal camni tak biasanya terjadi.

Aku mengintip di dalam rumahnya melalui tingkap , tidak kelihatan seorang pun.

Aku memberanikan diri untuk membuka pintu rumahnya dan saat itulah aku terdengar suara ibunya Sunny menjerit.

"PERGI! KELUAR DARI SINI!"

Tiba'2 aku terdengar jeritan kuat dan bunyi seperti benda berat jatuh ,  aku terkejut lalu berlari balik ke rumahku.

Esok harinya ,  aku mendengar berita mengerikan dari guru sekolahku .  Dia memberitahu bahawa ada sekumpulan pencuri masuk ke dalam rumah Sunny .  Sunny dan ibunya di bunuh dengan kejam.

Jika pada masa tu aku masuk ke dalam rumahnya ,  pasti aku juga akan turut di bunuh.

Sunny dan ibunya bersembunyi ketika aku datang ,  ibunya sudah menyelamatkan nyawa ku kerana telah memperingatkan terlebih dahulu ,  namun dengan mengorbankan tempat persembunyian.

***the end

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now