8 ; The Peephole

37.7K 2.9K 357
                                    

Written By ; Anonymous

***

Seorang perempuan bernama Daya  berumur 15 tahun tinggal bersama ayahnya di sebuah rumah di pinggir bandar.

Mereka mempunyai hubungan yang rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Suatu pagi , ayahnya Daya pergi ke bandar kerana ada hal pekerjaan , sebelum pergi ayahnya sempat mencium dahi Daya.

Setelah ayahnya pergi , Daya menghabiskan masa dengan membaca buku , menonton tv dan membersihkan rumah.

Apabila malam menjelma , ayahnya masih belum pulang dan Daya memutuskan niat untuk tidur dahulu.

Pada malam itu , Daya mengalami satu mimpi buruk.
Dia melihat dirinya berada di lebuh raya yang sungguh sesak dengan kenderaan , kereta dan motorsikal bergerak dengan laju.

Di memandang seberang jalan dan kelihatan seorang lelaki yang amat dikenali Daya , itu adalah ayahnya.

Tangan ayahnya membuat bentuk bulat di bahagian mulutnya dan seperti dia sedang menjerit sesuatu pada Daya.

Daya semakin keliru , dia sama sekali tidak dengar apa yang dikatakan ayahnya. Mata ayahnya begitu sedih dan sekali lagi ayahnya menjerit.

"Jangan....buka...pintu!"

'Jangan buka pintu?'

Tiba-tiba Daya tersedar dari mimpinya dan tiba-tiba...

Ding , Ding , Ding

Ada orang membunyikan loceng di kediamannya .
Lantas Daya keluar dari bilik menuju ke pintu utama.

Daya mengintip melalui lubang pintu untuk memeriksa siapa yang datang. Kelihatan ayahnya sedang juga menatap Daya dari lubang pintu itu.

"Tunggu sekejap !" Kata Daya lalu mengambil kunci di atas almari. Daya  sudah bersedia hendak membuka pintu namun dia tiba-tiba terhenti.

Daya mengunci balik pintu itu.

"Ayah !" Panggil Daya "ayah lupa kunci ke?" Soal Daya , dia mula pelik sedangkan ayahnya boleh membuka sendiri pintu kerana ada satu lagi kunci bersama ayahnya.

Ding ding ding

"Ayah! Jawab Daya!"

Ding ding ding

"Ayah tolonglah ! Daya perlu jawapan ayah!"

Ding ding ding

"Ade orang lain ke dengan ayah ?"

Ding ding ding

"Ayah ? Kenape ayah tak jawab?"

Ding ding ding

"Daya takkan buka selagi ayah tak bersuara!"

Loceng rumah itu terus berbunyi dan berbunyi namun tiada balasan dan suara dari ayahnya itu.

Daya lansung masuk ke dalam biliknya namun loceng itu terus berbunyi buat beberapa jam , dan akhirnya Daya terlelap.

Pagi itu , Daya terbangun dan keadaan mula tenang , tiada lagi bunyi loceng yang bingit itu.

Daya bangun dan menuju ke pintu utama lalu mengintip di lubang pintu ternyata ayahnya masih lagi berdiri di muka pintu dan menatapnya dengan pandangan kosong.

Dengan berhati-hati Daya membuka pintu itu dan dia terpandang satu pemandangan yang amat mengerikan.

Kepala ayahnya tergantung dari paku yang berada di atas pintu rumahnya dan ada satu nota yang melekat pada loceng pintu.

Disitu tertulis: "Anak pintar!"

***The End

Vote&Comment

Scaryforkids-

-editing

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now