78 ; Perfect Girl

20.9K 1.7K 419
                                    

***

Writer; Veren Towua

Namaku Jackson , pada musim panas. Ada seorang perempuan pindah di sebelah rumahku , dia tinggal bersama ibunya dan kelihatan mereka tidak mempunyai banyak wang.

Ayahnya telah pergi meninggalkan mereka beberapa tahun yang lalu.

Dia baru sahaja tinggal di bandar ni dan kelihatan amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan sekitar.

Walaupun aku dan dia berbeza dari latar belakang yang berlainan , aku dan dia menjadi kawan. Aku dan dia bukan terlalu dekat tapi aku sering ke rumahnya dan kami akan menghabiskan masa dengan berbual.

Pada saat itu , aku memandang matanya , aku tahu dia seorang perempuan yang sempurna untukku. Namun sayangnya dia tidak merasa kan hal yang sama terhadap ku. Dia tertarik pada seorang lelaki bernama Mark iaitu lelaki yang kacak dan percaya diri . Terbukti aku bukan typenya. Dan aku memutuskan untuk menunggunya.

Dia tidak mempunyai banyak kawan untuk mendengar ceritanya jadi dia menceritakan semua rahsianya kepadaku.
Selalu je dia mengeluh dengan hidupnya , dia bercerita bagaimana ibunya memberi layanannya dengan kejam , bagaimana rakan sekelas perempuannya berbuat jahat kepadanya dan membulinya. Aku hanya duduk dan mendengar sahaja.

Suatu hari , dia tidak datang ke sekolah dengan alasan adalah dia selalu dibuli oleh rakan sekelasnya.

Dia bercerita bahawa salah satu pelajar perempuan yang famous tahu bahawa dia menyukai Mark , teman lelaki perempuan itu.

Pelajar perempuan yang famous itu serta rakan rakannya membuli dia setiap kali berjumpa.

Dia berkata bahawa mereka juga menyebarkan rumor yang keji tentang dirinya dan itu membuat hidupnya seperti mimpi buruk.

Aku tetap diam apabila dia mula menceritakan tentang sikapnya mula berubah , dia selalu keluar malam , merokok dan mengambil alkohol.

Bahkan aku selalu mendengar bahawa dia mengambil ubat-ubatan yang terlarang. Dia terjatuh dalam pergaulan yang buruk dan bermasalah dengan pihak polis.

Keadaan di rumahnya semakin memburuk , dia mula bertengkar dengan ibunya apabila tengah malam . Semua perempuan di sekolahnya semakin membencinya.

Ada seseorang yang spray dinding rumahnya , memanggilnya dengan nama yang keji dan mengatakan hal yang menjijikkan mengenai dirinya. Seseorang bahkan sanggup membunuh kucing peliharaannya dan memasukkan di dalam peti surat.

Akhirnya dia berhenti dari bersekolah . Dia menjadi pendiam dan mengurungkan dirinya di dalam bilik.

Dia berhenti bercakap dengan ibunya dan menjalani hidup tanpa keluar dari bilik. Dia jarang keluar makan . Dia kelihatan pucat, sakit dan sangat kurus.

Ibunya meninggalkan makanan di depan pintu biliknya dan dia akan keluar ketika dia hanya perlu menggunakan tandas di tengah malam saat ibunya telah tidur.
Betapa dia hidup dengan cara yang menyedihkan.

Aku pergi menjenguknya untuk kali pertama setelah sekian lama tidak berjumpa. Dia menolak untuk berjumpa denganku , apabila aku mengetuk pintu dan memanggil namanya dia menolak untuk menjawab.

Ibunya memberikan sup untukku supaya menyuruh anaknya makan . Akhirnya aku memandangnya sekilas apabila dia membuka pintu untuk mengambil sup. Dia kelihatan pucat , letih, kuyu dan sangat kurus.

Sejak hari itu, aku selalu mengunjunginya setiap hari , lalu dia kembali bercerita.

Dia bercerita kepadaku bahawa dia terus bertengkar dengan ibunya dan rakan-rakannya mula melupakannya. Dia memberitahu bahawa dia tertangkap oleh polis apabila dia sedang mencari makanan di sebuah mall dan mempunyai rekod tahanan.

Dia berkata bahawa ibunya dapat menolongnya namun aku menolaknya dan tidak mahu mendengar nasihat ibunya sehingga ibunya menjadi marah dan memukulnya.

Hidupnya menjadi terseksa. Dia berasa ingin mati dan pernah mencuba mengelar nadinya.

Dia bercerita kepadaku dan ketika dia meminta pendapat , aku hanya akan mengangkat bahu atau memberi nasihat yang tidak melampaui batas.

Waktu berlalu dan keadaannya semakin membaik.

Dia memutuskan untuk keluar dari biliknya.Ibunya berterima kasih kepadaku sehingga menangis.

Tetapi , di keluar kerana merancang satu perkara buruk.

Dia menuju ke rooftop apartment lalu terjun kebawah , bangunan itu tidak terlalu tinggi dan dia terjatuh di dalam semak. Mungkin itulah yang menyelamat dirinya . Walaupun begitu tulang belakangnya tercedera dan dia lumpuh buat selama-lamanya.

Apabila dia keluar dari hospital , aku menuju ke rumahnya . Dia sedang berbaring di katil , tidak mampu untuk bergerak lagi.

Dia terus meminta maaf kepadaku dan mengalirkan air mata.

Aku mencuba menenangkannya namun dia tidak berhenti menangis . Akhirnya dengan sedikit janggal aku memeluknya. Dia menangis , bahkan dia tidak mampu mengelap air matanya sendiri.

Aku memegang tangannya dan memintanya untuk menjadi pasangan hidupku.

Dia tidak percaya bahawa ade orang yang menginginkannya dalam keadaan seperti itu.

Aku berkali-kali menyakinkannya hingga dia percaya.

Dia menangis kerana terharu , aku mengatakan bahawa aku akan menikahinya dan mencintainya seumur hidupku.

Dia adalah gadis yang sempurna untukku dan akan selalu menjadi gadis yang sempurna di mata ku walaupun dia tidak membalas perasaan ku dulu.

Walaupun dia bergaul dengan pergaulannya buruk.

Walaupun aku harus selalu mendengar masalah bodoh yang dia alami.

Walaupun dia menjadi begitu kurus dan mengurungkan dirinya di dalam bilik.

Walaupun aku mengatakan pada pelajar perempuan yang famous itu bahawa dia menyukai Mark teman lelakinya.

Walaupun aku menyebarkan rumor buruk mengenainya pada rakan sekelasnya.

Walaupun aku men-spray dinding rumahnya dengan kata-kata keji.

Walaupun aku membunuh kucing peliharaannya dan memasukkan di dalam peti surat rumahnya.

Walaupun saat ini dia terbaring di atas katilnya , lemah, tidak berdaya dan tidak dapat bergerak.

Sampai sekarang aku masih tetap mencintainya.

Dia adalah gadis yang sempurna untukku.

Dan nanti aku dan dia akan menikah.

***the end

Umm..romantik or kejam ni? Jackson sampai cam tu sekali kau

Vote [√]
Comment [√]

Scaryforkids-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now