70 ; Reflection In The Water

20.9K 1.6K 82
                                    

***

Kisah ini sudah menjadi Urban legend yang di ceritakan dari turun temurun dan ntah dari mana sumbernya datang

Dikisahkan bahawa , jika kita melihat ke bawah , ke arah sungai dari atas jambatan dan melihat bayangan kita sendiri terpantul dengan jelas. Maka esoknya anda akan bertemu dengan makhluk halus yang akan terus mengikuti anda . Atau anda akan menemukan hal yang lebih buruk dari itu

Di zaman dulu , jambatan adalah tempat paling popular untuk membunuh diri sehingga sekarang
Sehingga muncullah kejadian aneh yang berhubung dengan jambatan itu

--

Remy dan Bella selalu menggunakan jambatan itu untuk pulang ke rumah masing'2.

Mereka berjalan sambil berbual dan perbualan mereka kali ini adalah tentang kisah'2 hantu yang berkenaan dengan kawasan sekolah mereka

Tiba'2 Bella berhenti apabila berada di tengah'2 jambatan itu dan berkata.

"Yaa , bukankah jambatan ni ada cerita tersendiri? Di jambatan ni.."

Kata Bella sambil tersenyum dan menunjuk ke arah sungai.

"Tapi tu hanya urban legend" balas Remy.

"Apa kata kalau kita cuba ?" Bella tersenyum lalu melihat ke arah sungai "mungkin kita dapat melihat pantulan diri kita dengan jelas di sungai--"

Belum habis Bella  bercakap ,  Bella seperti terkejut dan melihat sesuatu yang mengerikan di bawah sana.

"Kenapa?" Soal Remy dan mendekati Bella kerana pelik dengan wajah Bella yang tiba'2 pucat.
Remy memandang ke bawah sungai dan melihat pantulan mereka berdua yang kabur.

"Jo-jom lah kita balik , pergi dari sini" kata Bella gagap lalu menarik tangan Remy.

Keesokkan harinya ,

Bella berubah seharian di sekolah , dia hanya diam dan menundukkan kepala di meja.
Tidak bersuara dan makan minum , mukanya pucat membuatkan Remy risau.

Dan saat pulang dari sekolah , satu kejadian secara tiba-tiba membuatkan Remy terkejut separuh mati
Bella tanpa berkata apa'2 terjun dari jambatan yang kelmarin mereka lalui , jambatannya yang tinggi lebih dari 10 meter.

Tidak ada seorang pun yang dapat menghentikannya.
Hal itu terjadi begitu sahaja.

Beberapa minit kemudian , pihak bomba yang dipanggil datang di jambatan itu , tubuh Bella  hanyut beberapa meter dari tempat dia terjun.

Dengan kedua bola matanya yang hilang.

Atau mungkin dicungkil oleh sesuatu.

***the end

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now