53 ; The Smiling Man

24.1K 1.7K 229
                                    

***

Namaku Jack  , hal ini terjadi kira'2 lima tahun yang lalu saat aku masih tinggal di sebuah apartmen di sebuah bandar besar. Aku adalah seorang penghidap insomania , jadi apabila rakan sebilikku telah tidur , aku akan keluar dari apartmen untuk menghabiskan waktu.

Berjalan sendirian di dalam gelap, aku tidak ada alasan untuk berasa takut , sehingga malam itu.. malam yang mengubah hidupku buat selamanya.

Saat itu adalah malam sabtu , sekitar jam 1 pagi aku sedang berjalan di taman yang jaraknya agak jauh dari apartmen ku. Malam itu begitu sunyi , tiada satu pun kenderaan yang lalu lalang .. jalan betul-betul kosong.

Aku berpusing dan berjalan mengikuti jalan taman di samping jalan. Saat itulah pertama kali aku 'melihatnya' di hujung jalan.

Aku melihat seorang lelaki dan.. dia sedang menari
Itu adalah tarian aneh mungkin waltz? Dan dia mengakhiri setiap gerakan dengan satu hentakan ke hadapan , aku rasa korang boleh membayangkan bahawa dia sedang menari sambil berjalan dan dia menuju tepat ke arah ku.

Awalnya aku fikir dia mabuk jadi aku berjalan disisi memberinya cukup ruang untuk melintasiku.
Dia makin dekat dan aku makin sedar bahawa susuk tubuhnya amatlah pelik.

Tubuhnya kurus dan tinggi , mengenakan pakaian ketinggalan zaman. Dia terus menari dan semakin mendekat sampai akhirnya aku dapat melihat mukanya.

Kepalanya miring (?) Dan mata hitamnya memandang ke atas memandang langit , senyumannya yang tidak masuk akal yang dapat membuatkan tubuhku meremang.

Dengan segeraku melintasi jalan menjauh darinya , aku tidak berhenti melihatnya saat sampai di sebarang jalan dan menghentikan langkah ku

Dia tidak lagi menari namun dia berdiri dengan salah satu kakinya

Dia memandnagku namun tetap melihat ke atas sudah tentu dengan senyuman aneh yang masih merekah lebar.

Saat itu aku sudah sangat ketakutan, aku mula berjalan namun tetap memandang lelaki itu , saat aku telah berjarak dengannya iaitu setengah block
Aku memandang ke depan untuk beberapa saat hanya untuk memastikan bahawa jalan kosong dari kenderaan.

Dengan keadaan gugup aku memandang ke belakang balik di mana lelaki itu berdiri namun lelaki itu sudah tiada.

Aku bernafas lega untuk beberapa saat.. sampai aku melihatnya lagi , kali ini dia sudah melintasi jalan
Aku tidak dapat melihat mukanya dengan jelas kerana keadaan amat gelap tapi aku yakin dia menatap ku , tidak lebih 10 saat aku mengalihkan pandanganku darinya , dia pasti bergerak dengan cepat!

Aku begitu terkejut sehingga tidak dapat bergerak apabila dia mula berjalan menuju ke arah ku , dia mengambil langkah besar! Seperti seseorang sedang berjinjit namun dengan kecepatan tinggi.

Aku harus juga lari dari situ atau mengambil phone ku menghubungi seseorang tapi tidak , aku hanya diam membeku melihat dia berjinjit ke arah ku.

Kemudian dia berhenti sepuluh meter dari ku, masih dengan senyuman dan matanya memandang langit , apabila otak mula mentafsir .. hal pertama yang harus aku lakukan adalah tegurnya.

"Apa yang kau nak hah?"

Niatku adalah untuk memarahinya namun nada suara lain pula yang keluar , nada suara ketakutan.. Memang aku ketakutan sekarang dan itu membuatkan kesdaan jadi lebih buruk

Setelah beberapa saat berlalu , lelaki itu berundur dengan perlahan kemudian menjauhi ku , entah kenape .Kali ni aku takkan lepaskan pandangannya lagi dariku sampai dia betul'2 hilang dah jauh driku
Dia menghilang di antara lampu-lampu jalan yang sedikit malap.

Kemudian aku menyedari sesuatu..

Dia tidak lagi menjauh atau menari

Aku melihat bayangan nya yang membesar dari kejauhan. Dia kembali dan kini berlari dengan pantas mengejar ku.

Dengan tindakan refleks ku , aku berlari secepat mungkin menuju ke arah jalanan yang lebih ramai orang, saat aku berpaling ke belakang aku tidak nampak kelibatnya. Sepanjang jalan menuju ke apartmen aku terus sahaja menoleh ke belakang beberapa kali kerana masih sahaja merasa aku di ikuti

Semenjak malam itu , aku tidak pernah lagi berjalan sendirian, ade sesuatu di wajahnya yang selalu menghantui ku .. dia bukan mabuk.. dia adalah seorang makhluk yang misteri

Dan itu adalah hal yang betul-betul menyeramkan.

***the end

Dalam youtube ada parody The Smiling Man

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now