74 ; Know Your Neighbour

21K 1.6K 139
                                    

***

Writer ; Lynne Darlington

Nama ku Victoria  , aku tak biasa dengan jiran apartmentku .  Hanya ada tiga bilik di tingkat tiga namun aku tak ingat bila kali terakhir aku berbual dengan Hani dan Lily.  Aku sama sekali tidak tahu yang mereka berpindah disebabkan mereka tidak memberitahuku.

Tapi sekarang aku ada jiran baru yang bernama Sam. Dari sekilas pandang barang'2 milik Hani masih ada di dalam bilik yang dia masuk ,  iaitu bilik lama Hani.

Aku merasakan Hani neninggalkan barangnya lalu menjual sekali dengan bilik sekali .  Aku membayangkan pasti susah kerana perlu menyusun atur balik

Tapi..

Ada satu benda yang menarik perhatian ku ,

Aku melihat Sam tersandar di sofa saat aku mengintipnya ,  sofa itu bercorak seperti peta kuno yang bertompok-tompok.  Tersusun atas bahagian'2 yang berbeza yang sepertinya melambangkan negara , ade juga lukisan yang tergantung di dinding bercorak seperti itu.

Sam amat berbeza dengan Hani dan Lily ini kerana Hani dan Lily hanya bertegur sapa sahaja ,  kalau Sam dia akan datang malam tu juga untuk menyapaku .

Bahkan setiap malam ,  kerana aku sibuk di luar rumah.. aku mesti akan memberi alasan sopan untuk menolak ajakan apabila dia mengajak untuk berbual atau apa.

Pada awalnya ,  Sam hanya datang untuk meminjam sesuatu .  Dengan senyuman lebar di wajahnya,  dia akan berdiri di hujung pintu bilikku untuk meminjam gunting atau benang dan jarum.
Dia juga sekali-sekala akan meminjam barang dapur.

Aku sekali-sekala menawarkannya untuk menggunakan dapurku namun dia menolak dengan tersenyum.
Betul'2 lelaki yang sopan.

Walaupun Sam tengok  baik dan ramah ,  tapi harus aku bagitau yang Sam sedikit keras kepala . Sejak pertengahan minggu lalu , dia datang setiap malam atau dua kali , kadang bahkan tiga kali
Dia juga mengajakku untuk duduk di apartment nya.

Pertama dia mengajak ke apartmentnya untuk menonton pertandingan olahraga di televisyen ,  namun aku memberitahunya kalau sibuk dan dia kelihatan sedih.

Tetapi dia datang pula beberapa jam selepas tu ,  hingga akhirnya aku menjadi lelah untuk menolak semua ajakannya.

Akan tetapi semua alasannya menjadi aneh dan semakin aneh .  Dia mengajakku menonton filem namun aku fikir hal itu terlalu intim untuk seseorang yang baru kenal.

Kemudian dia mengajak ku untuk memasak bersamanya  , namun saat tu aku dah beli makanan
Dan jujur aku kata yang aku tidak nyaman dengan ajakannya.

Namun Sam seperti orang yang mengetahui ,  seperti semua hal akan diketahui nya lebih dari orang lain yang telah lama tinggal di sini.

Ade satu hari aku bertanya tentang arah menuju ke suatu tempat dan dia memberitahu belok kanan belok kiri serta orang yang akan aku jumpai

"Pergi ke jalan tu dan apabila kau tengok ade seorang lelaki gemuk baru keluar dari kedai  kau belok ke kiri"

Dan

"Ketika kau terjumpa poster besar di simpang jalan beloklah ke kanan dan kau akan jumpa pasangan kekasih yang , lelaki itu kan membuat lawak kepada kekasihnya sehingga kekasihnya trgelak dan kau beloklah ke kiri lagi"

Kata-katanya amat menakutkan ,  namun kenyataannya ketika aku menuju ke tempat yang ingin ku pergi..  itu semua betul-betul terjadi.

Di mana aku terserempak dengan lelaki gemuk yang baru keluar dari kedai,  aku belok ke kiri  dan terjumpa poster di simpang jalan aku belok ke kanan lalu terjumpa pula dengan pasangan kekasih yang tergelak kerana lawak yang dibuat mereka.

Semua sama seperti Sam kata kan

Adakah Sam ni manusia biasa atau sebaliknya?

Setelah beberapa hari seterusnya  , Sam semakin menjadi keras kepala  seperti dia mula hilang kepercayaannya padaku

Setelah selesai mandi ,  dia mengetuk pintu bilikku mengajak bermain Scrabble. Mula-mulanya aku ingatkan dia melawak namun setelah melihat muka seriusnya aku langsung menolak mengatakan bahawa aku sedang menunggu telephone penting.

Kedua.. apabila aku bersedia hendak tidur ntah macam mana aku dapat rasa yang dia cuba masuk ke dalam bilik ku namun dia masih sopan dan ramah.

Dia sampaikan boleh bertanya bolehkan dia hendak memyimpan salah satu gambar ku ,  aku mungkin sedikit kasar apabila menolaknya kerana keletihan mempunyai jiran yang aneh sepertinya.

Terakhir kali dia datang adalah hari ni , hanya beberapa setelah aku sampai di bilik ku.
Aku sedang memasak jadi aku tak terlalu dengar ketika aku mendengar pintuku di tolak-tolak.

Sam memanggil namaku , dia terdengar panik dan marah .  Aku tak begitu jelas mendengar apa yang dia katakan namun setelah aku memuntup gas dapurku aku mendengar dia berkata.

"Vic kau perlu tolong aku selesaikan hal ni"

"Aku perlu satu je lagi"

"Aku tahu kau ade di dalam"

Aku tak yakin kenape aku tak buka pintu masa tu ,  namun aku merasa itu adalah keputusan yang tepat.

"Aku merayu , aku betul'2 perlukan kau"

"Kau perlu tolong aku! Tidak ade orang lain yang ade warna macam kau!"

Dan kata'2 nya kedengaran marah.

"Aku tak ade banyak masa!"

"Kau perlu tolong aku! Aku tak peduli kau nak atau tak!"

Dan tepat saat aku hendak memanggil polis ,  sireng polis telah pun kedengaran seperti menuju ke apartmen kami .  Sementara itu pintu bilik ku semakin kuat di tolak

Kemudian aku mendengar jeritan di luar pintu  dan loceng pintu semakin kuat berbunyi.

Seterusnya aku mendengar jeritan dan jerkahan di luar bilikku

Aku bahkan mendengar pihak polis menjerit berkenaan tuduhan membunuh.

Aku tak faham sangat apa yang mereka berkata namun aku mendengar polis bercakap tentang keratan-keratan.

Keratan kulit?

"Peta.." kata ku sendirian

"Ya..itu hanya sebuah peta..peta kulit manusia" kata ku apabila teringatkan lukisan peta yang tergantung di dinding bilik Sam dan sofa yang bewarna pelik itu.

***

Ni bermaksud..

Sam seorang yang psiko yang kerat kulit manusia lalu membuat peta ,  Sam ade bagitau yang Victoria  ade warna yang susah dijumpai tu bermaksud warna kulit Victoria.
Ingat yang Sam datang nak pinjam gunting dan alatan dapur?

Kalau Vic buka pintu mungkin Vic akan jadi mangsa seterusnya ,  kulit akan dikerat lalu dijahit menjadi peta

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now