88 ; Little Red Ridding Hood

19.3K 1.6K 305
                                    

***

Ibuku suruh untuk pergi ke rumah nenek.
Sebelum pergi ,  ibuku menyuruh untuk membawa bekal kuih yang berada di dalam bekas bewarna merah untuk diberikan kepada nenekku.

Nenekku berpesan agar aku berhati-hati dalam perjalanan. Hati-hati dengan si penebang pokok yang ada gangguan jiwa atau dengan serigala yang kelaparan.

Aku mengenakan tudung kepala yang bewarna merah dan segera menuju ke rumah nenek. Aku berjalan dengan riang melewati sungai dan hutan sambil menyanyi dan bersiul.

Aku fikir ibu terlalu berlebihan dengan keselamatanku .  Aku bukan budak-budak lagi tambahan pula aku dah sentiasa pergi ke rumah nenek.

Aku mengetuk pintu apabila sampai dan nenek ku keluar dengan senyuman di wajahnya.
Nenek mempelawaku masuk.

Aku masuk lalu bertanya beberapa soalan.
"Nenek kenape hidung nenek mancung?"

"Supaya dapat menghidu bau cucu nenek"

"Rambut nenek juga putih?"

"Semestinya rambut nenek putih kerana dah tua"

Aku dan nenek ketawa , lalu nenek membuka bekalan yang dibawaku "oh.. memang sedap kuih dari air tangan ibu kamu" katanya gembira "kamu tak mahu?" Soal nenek.

"Tak pe... saya dah kenyang" aku melihat nenek sedang menuang susu hangat di dalam gelas kemudian berjalan ke arah ku.

Namun ade yang pelik dengannya  , saat dia berjalan mendekatiku dengan tiba-tiba nenek ku tersungkur jatuh.

"Nenek?" Aku memanggil namun dia tidak bergerak sama sekali.

"Nenek dah mati ke?" Soal ku lagi sambil menggoyangkan tubuhnya.
Aku menyeret tubuh nenek ku dan membuka pintu belakang ,  dan kelihatan seorang lelaki dengan kapak menunggu di sana.

"Pakcik dan boleh potong badan dia sekarang dan bagikan kepada serigala yang kelaparan , sekarang pakcik dah boleh duduk kat rumah ni bila-bila masa" kata ku lalu pakcik itu mengangguk lalu menyeret tubuh nenek ku keluar.

Aku merapikan tudung merah ku dan melangkah pulang ,  aku bernyanyi dan menari.

"Sekarang!  Tidak ada siapa yang akan suruh aku pergi ke rumah nenek lagi!"

***the end

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now