115 ; Joke

19.1K 1.4K 238
                                    

***

Ada seorang remaja lelaki yang bernama Brandon yang selalu tersenyum.  Banyak orang yang menganggap ada yang salah dengan otaknya. 

Di sekolah Brandon selalu di buli oleh rakan sekelasnya .  Mereka menganggap dia bodoh dan sering dipergunakan oleh mereka .

Walaupun terseksa dengan kejahilan mereka ,  Brandon tetap tersenyum dan melayan mereka  ,  berharap suatu hari nanti mereka akan menerimanyan

Yang Brandon inginkan adalah kawan namun mereka menolaknya dan melakukannya seperti orang bodo.

Dia terus dibuli oleh hampir sekelas  , yang memimpin para pembuli ialah Jake.

Jake selalu mempermalukan Brandon di depan orang ramai  dan sering memukul Brandon.

kadang-kadang dia menyuruh rakannya yang lain memukul Brandon sedangkan dia memerhati sambil ketawa.

Apapun nama panggilan yang dipanggil oleh pembuli dia tetap tersenyum atau ketawa perlahan .  Dia berusaha kelihatan tenang dan berasa tidak sakit.

Senyumannya seperti topeng ,  di sebaliknya hatinya berasa sangat sakit dan hancur.

Pada suatu malam hallowen , Jake dan rakannya sedang berkumpul di bandar .  Saat mereka berjalan , mereka melihat Brandon baru keluar dari minimarket.

Jake memberitahu pada rakannya bahawa dia mempunyai idea yang menarik untuk mempermainkan Brandon.

"jom ikut aku" kata Jake kepada rakannya lalu menuju ke arah Brandon.

Jake menarik Brandon lalu berkata "malam ni kami akan menggali mayat" kata Jake "dan kau akan menyertai kami"

"Biar betul?" Kata Brandon tapi tetap tersenyum.

"Betul..kami tak bergurau.. ingat si tua Ronald yang mati semalam? Nah..kami akan menggali kuburnya.,  mengeluarkan mayat dan gantung di depan gerbang sekolah" kata Jake.

"Awak tak boleh suruh saya buat macam tu" kata Brandon ramah.

"Ku nak ikut ke tidak ? Kalau tak esok aku akan buli kau lebih teruk!" Ugut Jake
Brandon hanya diam.

"Lepas waktu makan malam jumpa kami di gerbang pemakaman" kata Jake lalu meninggalkan Brandon yang ketakutan di situ.

Jake dan rakannya berkumpul dan memberitahu rancangan nya.

Jake akan menyamar menjadi mayat dan bersembunyi di kubur di antara batu-batu nisan.
Jake membuka beg nya lalu mengeluarkan pakaian hallowen nya "kalau Brandon datang  ,  korang ajak dia ke kubur si tua tu ,  di sebelah tiada kubur baru,  aku akan bersembunyi di situ . Bila dia sampai di situ aku akan menarik nya lalu takutkan dia sampai pengsan"

Rakannya mengangguk  . Jake memakai pakainnya dan mula bersembunyi di dalam lubang  kubur  "ni akan menjadi prank hallowen terbaik" kata Jake lalu memakai topeng nya.

Setengah jam kemudian ,  Brandon akhirnya datang dan berjumpa dengan rakan Jake yang lain.

Dia tersenyum  seperti biasa tetapi di matanya,  mereka dapat melihat ketakutan Brandon yang setengah mati.

Tangannya dia masukkan di dalam poket dan kelihatan bergetar . Mereka membawa Brandon menuju ke kubur si tua itu.

Satu-satunya sumber cahaya adalah melalui handphonenhya.

Brandon berjalan di antara batu-batu nisan dan bahunya bergetar.  Akhirnya sampai di tengah-tengah perkuburan dan bersebelah dengan lubang kubur yang baru digal.

Tiba-tiba ada sebuah tangan yang menarik Brandon masuk ke dalam lubang kubur .

Brandon menjerit ketakutan.  Apabila terjatuh ,  Brandon terbatuk dan mengesap lumpur dari matanya.

Saat dia mengelap lumpur ,  dia melihat mayat yang berdiri di depan matanya .  Wajahnya pucat dan matanya hitam .  Brandon berusaha bangun dan mengeluarkan pisau dari poketnya.

Jake ketakutan apabila melihat pisau di tangan Brandon ,"tunggu! Tunggu!"

"hah, apa?"

Kerana panik Jake terjatuh kerana pakaian yang dipakainya.  Brandon menghampiri Jake sambil mengacungkan pisau

"Tunggu kau tak faham!" Jake menangis separuh mati dan berusaha membuka topengnya "ni aku..Jake! Ak-aku cuma bergurau!"  Kata Jake.

Brandon menghampiri Jake ,pisau di tangannya dipegang erat "sebenarnya awak yang tak faham.. "

Brandon mengangkat pisau  ,  sudah tiada lagi senyuman manis di mukanya melainkan muka yang bengis  . Suaranya berubah dingin.

"Dari awal aku tahu yang kau hanya bergurau"

###

##

#

Cha Eunwoo ♥  me

Vote[√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now