34 ; One Two , One Two

26K 2.1K 217
                                    

***

Di Korea Selatan, menjadi seorang pelajar cemerlang adalah salah satu hal yang amat penting
Orang tua selalu memberikan tekanan untuk anak mereka agar belajar dengan kuat dan mendapat nilai terbagus

Pada suatu malam , seorang pelajar perempuan bernama Sana masih sahaja berada di sekolah
Saat itu sudah pun larut malam dan ia sedang berada di perpustakaan bersama rakannya yang lain, hanya lampu perpustakaan hanya bernyala sementara bangunan lain telah gelap gelita

Beberapa minit kemudian Sana merasa ingin pergi ke tandas, Sana memberitahu kepada rakan nga terlebih dahulu agar menunggu nya sekiranya hendak pulang
Sana berjalan keluar dari perpustakaan dan berjalan dalam keadaan gelap di sepanjang koridor

Beberapa minit berlalu , pelajar lain yang berada di perpustakaan tiba'2 terdengar ketukan perlahan di tingkap, saat mereka menoleh

Mereka ternampak seorang perempuan tua sedang berdiri di luar tingkap, wajahnya di lekatkan di tingkap dan matanya tertutup rapat
Jari panjangnya yang melengkung itu mengetuk'2 tingkap tanpa henti

Mereka semua hairan kenapa perempuan tua itu berada di luar tingkap, dengan tiba'2 perempuan tua itu membuka matanya membuatkan pelajar itu terjerit ketakutan apabila mendapati perempuan tua itu tidak mempunyai mata

Buat kali terakhir dia mengangkat tangannya lalu menghentam tingkap itu sehingga pecah

Dan semua lampu tiba '2 terpadam

***

Di dalam tandas sekolah, Sana membasuh tangannya
Keadaan amatlah sunyi , Sana sama sekali tidak mendengar jeritan dan tempikan rakan'2nya yang datang dari arah perpustakaan. Sana lebih bagi tidak tahu suasana yang berlaku di dalam perpustakaan itu

Setapak Sana keluar dari tandas, suara jeritan tadi hilang serta merta
Sana berjalan menuju ke perpustakaan, apabila sampai di hadapan pintu perpustakaan yang tidak tertutup langkah terhenti

Mayat'2 rakan nya berselerakan di atas lantai, adanya terkepit dengan dua buah meja dan rak'2 buku
Sana ketakutan, dia sama sekali tidak faham apa yang berlaku tadi!

Saat itu lah Sana terdengar derapan langkah kaki seseorang berjalan ke arahnya

Sana adalah gadis yang pandai dan dapat berfikir cepat, dia segera membaringkan tubuhnya di sebelah salah satu mayat rakannya dan berdiam diri

Sana menutup matanya dan berpura'2 mati
Dia menggigil apabila terdengar barang perpustakaan dilemapar di merata-rata tempat
Sana tetap cuba untuk tidak bergerak

Sana terdengar suara seperti sedang mengira

"Satu..dua.. satu...dua..."

Dia mula curiga dan memberanikan diri untuk membuka matanya sedikit

Di sana, di tengah'2 ruang kelihatan seorang perempuan tua menyeramkan berpakaian putih

Sana menutup kembali matanya dan hampir sahaja menjerit
Perempuan tua itu berjalan di seluruh perpustakaan memeriksa setiap mayat sambil berbilang

"Satu...dua... satu..dua.. satu.. dua"

Sana ingin sahaja menangis, dia berdoa agar perempuan tua itu pergi dari sini

" Satu...dua... satu..dua.. satu.. dua"

Makhluk itu semakin dekat dengan Sana, Sana masih berdiam diri

"Satu...dua... satu..dua.. satu.. dua"

Perempuan tua itu kini berjalan menuju ke arah Sana, Sana mula menahan nafasnya

Tiba'2 hintungannya berhenti

Sana tidak mendengar apa pun namun dia masih terlalu takut untuk bergerak

Tidak ada satu pun suara
Perpustakaan betul'2 sunyi

Setelah beberapa minit, Sana akhirnya yakin bahawa perempuan tua telah pergi

Sana membuka matanya perlahan-lahan

Dan perempuan tua itu menatap Sana dengan amat dekat, jari nya yang panjang dan kurus itu menunjuk mata Sana

"Satu..dua.."

Desis perempuan tua itu sambil mencongkel kedua bola mata Sana

***THE END

WOoaahh menakutkan T.T

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now