122 ; Happy

18.1K 1.3K 86
                                    

***

Sepupu ku Mina baru sahaja berpindah ke Korea daripada Osaka Jepan  . Saat di perjalanan menjelajahi Korea  . Aku dan Mina saling bertukar cerita seram dan ketawa apabila ada persamaan dan perbezaan cerita hantu Korea dan Japan.

Saat aku bertanyakan adakah dia pernah mengalami hal-hal ghaib macam tu ,  Mina lantas memalingkan mukanya ke arah tingkap.

Dia menjawab dengan suara perlahan "ya..beberapa , tapi salah satunya sangat menakutkan"

Kemudian dia mula bercerita.

"Pada masa itu aku tinggal di asrama perempuan ,  aku mempunyai banyak kawan di sana  . Beberapa di asrama itu sangat selesa ,  tapi ada satu gedung yang sangat tua .

Hanya lampu di pasang di bilik .  Kadang-kadang lilin akan dinyalakan lalu diletakkan di tepi tingkap  .  Tapi jika bekalan eletrik terputus ,  kau akan berdepan dengan suasana yang gelap gelita.

Sudah semestinya kau akan membangunkan seseorang untuk teman kau pergi ke tandas , menuju ke tandas kitaorang perlu berjalan di lorong gelap.  

Suatu malam , aku ingin pergi ke tandas.

Pada masa itu sekitar jam 4 pagi.

Aku bangun dari katil ku dan menepuk bahu rakan ku iaitu Sana . Dia lantas bangun apabila aku menyentuh bahunya . Aku memohon maaf kepadanya kerana mengganggunya dan aku menganjaknya pergi ke tandas.

Sana tersenyum padaku dan dia turun dari katil . 
Di saat berjalan di lorong gelap , dia ketawa dan menari dengan riangnya . Agak terlalu susah untuk melihatnya disebabkan keadaan yang gelap.

Aku turut ketawa dan berjalan menuju ke tandas ,  aku sesekali terdengar beberapa lagu Korea yang dinyanyikannya , semua itu lagu kesukaan ku.

Kejadian sama terjadi lagi saat kami ingin berbalik ke dorm . Ntah kenapa dia terlalu gembira.

-

Aku bangun lewat pagi kerana terdengar beberapa suara lelaki berada di katil kami  . Mereka berkumpul di katil Sana .  Aku dengan pantas bangun dari katil dan bersiap sedia hendak melindungi Sana.

Dan baru aku sedari yang mereka itu adalah pengurus asrama ,  aku melihat lebih dekat  . Mata Sana yang sudah tidak bernyawa fokus di tempat tidurku  , senyumannya sama di wajahnya .  Dia bunuh diri.

Waktu kematian di adalah pada jam 11:30 pm , hampir lima jam sebelum aku bangunkan dia "

###

##

#

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now