90 ; Singing

18.6K 1.5K 563
                                    

***

Khas untuk korang yang suka menyanyi time mandi= ̄ω ̄=

Setiap kali aku masuk ke dalam bilik mandi , aku akan membawa handphone ku lalu memainkan lagu kesukaan ku . Sambil bernyanyi , aku selalu dengar ibu memarahi ku

Ibu marah kalau aku bernyanyi di dalam bilik mandi . Tapi aku hanya membiarkannya sahaja

Malam pun tiba , jam sudah menunjukkan 11:47 malam . Tibanya pelajar sekolah seperti ku untu tidur . Aku matikan lampu bilikku dan menyalakan lampu bilik mandiku , supaya bilikku tidak terlalu gelap .. aku benci suasana yang gelap
Semakin lama mataku terpejam dan berat lalu aku tidur dengan lena .

Tiba-tiba sahaja aku terbangun , aku tak pasti sebab apa. Aku melirik jam digital ku yang menunjukkan jam 2:18 pagi . Aku kembali memejamkan mata dan mencuba untuk tidur.

Tapi tiba-tiba aku terdengar sesuatu seperti bunyi ketukan.

Perlahan bunyi ketukan itu semakin jelas kedengaran . Di sela-sela ketukan itu , kedengaran suara seorang wanita yang sedang bernyanyi . Suara nya lembut dan membuatkan siapa pun yang mendengar akan terpukau . Suara perempuan itu seperti berguman perlahan.

Di dalam bilik mandi !

Suara dan bunyi ketukan itu berasal dari bilik mandi
Dan samar-samar aku melihat bayangan seseorang berada di dalam bilik mandi
Bayangan itu membuat gerakan yang aneh , membuatkan bulu roma ku berdiri

Seketika banyangan dan ketukan pintu berhenti bergerak dan berbunyi . Tidak ada bunyi sedikit pun semuanya begitu hening. Jantung ku berdegup hebat

Aku menarik selimut ku hingga menutupi wajah ku dan cuba untuk memejamkan mata
Berharap agar semua ini mimpi

Aku melirik sedikit bilik mandi itu , jantung rasanya ingin sekali melompat keluar apabila kelihatan samar-samar perempuan yang berada di dalam bilik mandi itu dengan posisi merangkak

Perempuan itu melirikku tanpa berkelip. Rambut nya menutup sedikit wajahnya . Aku ingin menjerit namun seperti nya suara ku tersekat di kerongkong
Perempuan itu semakin dekat dan dekat dengan gerakan merangkak. Gerakannya patah-patah menuju ke arah ku

Aku memejamkan mata dan berdoa agar perempuan itu pergi . Sangat lama sehingga aku merasa nafas seseorang terhembus di muka ku

Bila aku membuka mata , perempuan itu tepat di wajah ku . Paling menakutkan ialah , perempuan itu seratus peratus seperti wajah ku , muka nya seperti ku

Perempuan itu membuka mulutnya dan terdapat beberapa lidah di dalam bukan satu namun banyak
Aku dapat menghidu bau busuk yang berasal dari mulutnya . Dan dia berkata sesuatu

"Aku ingin kau bernyanyi bersamaku"

***the end

Ketika aku membaca komen korang yang menganjing dengan typo ku , aku masih lagi tenang  ̄ε  ̄

Ufufufu

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now