4 ; One to All

42.6K 3.3K 363
                                    

***

Dani adalah seorang pelajar yang suka sekali men-troll orang , sebagai contoh .. apabila Dani dan rakan-rakannya pergi ke kafe bersama 4 orang.

Pelayan itu akan bertanya " tempat duduk untuk 4 orang?"

Dani ketawa dan berkata "untuk 4 orang? Kami datang berlima , cuba tengok betul2 .. kitaorang berlima!" Kata Dani.

Dani selalu buat macam tu , sehingga rakannya mula beranggapan yang Dani betul-betul dapat melihat makhluk halus akan tetapi itu tidak betul.

Dani hanya mengenakan rakannya sahaja , rakan-rakannya mula kesal dengan sikap Dani.

Suatu hari , Dani berfikir untuk makan di kafe berseorangan , apabila dia duduk , pelayan meletakkan segelas air di depannya dan ... Di depannya yang kosong.

"Pelik.." gumam Dani , Dani berfikir yang pelayan tadi hanya tersalah letak , mungkin ada seseorang duduk di meja ni sebelum nya datang dan orang itu akan datang lepas ni.

"Aku akan tukar meja kalau orang tu datang" kata Dani lalu Dani memesan sepotong kek.

Saat itu , semua pelanggan di dalam kafe mula keluar satu persatu , apabila pelayan itu datang .. terkejut Dani dibuatnya apabila pelayan itu membawa dua piring sepotong kek dan diletakkan satu untuknya dan satu lagi depannya.

"Kenape kau bawa dua kek? Aku hanya berseorangan" kata Dani dan pelayan itu terkejut dan pelayan itu menyatakan bahawa Dani masuk bersama seseorang dan orang itu memesan menu yang sama seperti Dani.

Dani hanya diam , akan tetapi,

Kejadian di kafe itu baru permulaan , kemanapun Dani pergi .. Dani dilihat seperti berjalan bersama seseorang , bahkan teksi yang sudah padat akan memberikan juga ruang kepada seseorang di sebelah Dani , cukup untuk seorang lagi

"Aku diikuti.." fikir Dani ketakutan , Dani mula berkurung di dalam rumah dan berat badan nya menurun dan lama kelamaan Dani berubah.

Akan tetapi , setelah beberapa lama Dani berkurung di dalam rumahnya ,Dani berfikir yang dia tidak lagi di ikuti oleh makhluk itu lagi.

Maka Dani bercadang keluar dari rumah dan menuju kafe yang lain untuk makan , Dani berasa lega apabila suasana di dalam kafe itu tenang tetapi ramai pelanggan.

Dani duduk di sebuah meja yang sedikit besar kerana itulah satu-satunya , Dani memesan segelas air lalu si pelayan meletakkan segelas air itu di depan Dani.

Kemudian pelayan itu meletakkan segelas lagi di hadapan Dani dan disamping Dani,

Dan lagi
Dan lagi
Dan lagi
Dan lagi

***The End

Vote&Comment

Scaryforkids-

-editing

Creepypasta ∽ malay ✔On viuen les histories. Descobreix ara