7 ; Hunger

40.5K 3K 684
                                    

Written By; William Dalphin

***

"Helmi , kau sibuk ke sekarang?" Soal Faris yang menjadi pembantuku di sebuah hospital.

"Tak , Kenapa?" Soalku

"Aku nak bagi seorang pesakit ni , gangguan pemakanan" kata Faris lagi.

Gangguan pemakanan? Hmm..menarik.

"Okay , hantar dia" kataku tanpa berfikir panjang.

"Baiklah , nanti pesakit tu akan datang" kata Faris lalu keluar dari bilikku.

Aku mula kemaskan meja dan menunggu pesakit itu , setelah 20 minit menunggu pesakit itu masih belum muncul  , aku mula keluar dari bilik untuk mencari pesakit itu.

Ketika sampai di lorong elevetor , kelihatan ramai nurse dan beberapa pesakit sedang berdiri di depan elevator.

"Kenape ni?" Soalku

"Lif rosak" balas salah satu nurse perempuan di situ.

Sial , pasti pesakit tu ada kat dalam lif tu.

"Tingkat berapa?"

"Di antara 10 dan 11"

Memang .. Memang pesakit tu dah tersekat dalam lif . Menurut pengalamanku , dalam masa 1 jam setengah lif baru selesai dibaiki.

Aku harap pesakit tu tak apa-apa.

Aku kembali ke dalam bilik ku lalu menghubungi Faris.

"Macam mana?"

"Dia terperangkap dalam lif"

"Ouh ? Malang betul"

"Siapa nama dia?"

"Amelia ... Amelia Clorist"

"Okay thanks , lepas kerja ni kita pergi minum"

"Okay , Helmi pesakit tu--"

Aku men-end kan panggilan dengan Faris , lalu kedengaran suara sorakan dari lorong elevator , ternyata betul 1 jam kemudian baru lif boleh di gunakan.

Aku perlu pastikan pesakit tu tidak ada apa-apa
Aku kemudian menuju ke lorong elevator.

Dan kelihatan lebih ramai orang yang berkumpul di depan lif.

Ting

Loceng berbunyi menandakan lif sudah berhenti di tingkap 10 , pintu lif terus terbuka dan...

"Ouh! Bau apa ni?!"

Orang yang berkumpul di depan pintu lif tadi mula menjauh dari lif.

Aku mula bingung , bau busuk mula menusuk masuk ke dalam hidungku.

Aku menutup hidung menggunakan tangan lalu menuju di depan pintu elevator semakin dekat semakin kuat bau busuk itu.

Kelihatan seorang perempuan di dalam lif itu , dan aku terkejut melihat tubuh badannya yang besar , dia mengalami obesiti yang sangat parah .. berat badannya kira-kira 200kg. Mukanya kelihatan bengkak dan tembam sehingga matanya tidak kelihatan.

Mulutnya comot dengan sos makanan , tangannya yang gemuk itu digerakkan untuk menyapu di mulutnya. Di tangannya satu lagi kelihatan satu beg plastik hitam yang besar , seperti plastik sampah.

Bau busuk itu keluar dari plastik sampah yang dipegangnya.

Perempuan itu bangun dengan perlahan kerana berat badannya menjadi bebannya , keluar dari lif dan semua orang yang berada di situ menjauhkan dirinya.

Aku menuju ke arahnya "Amelia Clorist?" Soal ku

Perempuan itu yang dikenali Amelia mengangguk kepala , dia memeluk erat plastik sampah itu di dada nya
"S..Saya lapar tadi.." katanya perlahan.

Aku hanya mengangguk "baiklah , jom ke bilik saya buat check up" kata ku lalu berjalan mendahuluinya , Amelia mengikuti dengan langkah yang perlahan.

Aku dapat memerhatikan yang Amelia dari tadi memeluk plastik itu "milik awak?" Soalku bodoh , semestinya milik dia.

Amelia mengangguk perlahan.

"Jangan risau , saya takkan ambil" kata ku dan Amelia dengan tiba-tiba menangis , tangisan cukup mengerikan.

Sampai di depan bilik check up aku membuka pintu untuknya dan Amelia masuk dan kemudian dia berhenti di tengah-tengah bilik.

"Lif tadi rosak.." katanya

"Ya , saya tahu .. tapi nasib baik awak ada bawa makanan  untuk di makan" kataku.

Dia mula menangis lagi sambil meremas plastik hitam itu dan bau busuk keluar dari plastik itu , aku mahu muntah.

Aku memberikan sehelai tisu untuknya "Apa ada dalam tu?" Soalku pelik.

Amelia diam dia menunduk nampak seperti risau dan ketakutan "sisa..sisa makanan" dia menjawab dengan gagap dan sekali lagi dia menangis , terbit rasa kesian pada penderitaannya.

Aku mengeluh "Apa kata kita tunda dulu perjumpaan hari ni sehingga awak rasa tenang" kataku

"Bo..boleh ke?" Soalnya
Aku mengangguk , aku menghulurkan kad nama ku pada nya dan tangan nya yang besar berlemak mengambil dengan perlahan.

"Trimas.." ucap nya dan aku membalas "sama-sama"

"Nak saya temankan pergi ke elevator?" Soal ku
Amelia menggeleng "Tu bukan idea yang bagus" katanya.

"Okey , hati-hati" pesanku
Dan Amelia dengan langkah perlahan keluar dari bilikku.

Aku menghala nafas apabila bau busuk itu tidak lagi berkumpul di bilikku.

Seminggu kemudian , Faris mengajakku minum di sebuah kafe.

"Terima kasih Ris" ucapku pada Faris.

"Untuk apa?" Soalnya

"Amelia Clorist"

"Siapa?" Soalnya lagi , Faris ni memang pelupa.

"Amelia , gangguan pemakan , kau yang hantar pesakit tu pada aku ,kau ingat kan?" Soalku

"Huh ya ! Aku ingat , yang terperangkap dalam lif tu kan .. Macam mana keadaan dia?" Soal Faris.

"Perempuan tu macam kapal karam , asyik menangis dan hampir histeria" ceritaku pada Faris.

"Kau dah berbincang dengan ibu dia?" Soal Faris.

"Tak , aku sedikit pun tak tahu informasi dari dia , tapi aku tinggalkan kad nama aku pada dia"

"Macam mana pendapat kau tentang dia?"

"Betul-betul lahap dan badannya besar , muka dia tu amat --"

"Bukan , bukan ibu dia..maksud aku Amelia" kata Faris.

"Huh?" Aku mulai bingung

"Macam mana pendapat kau tentang Amelia Clorist?"

"Aku dah bagitau pendapat aku tadi" jelas
ku

"Amelia , perempuan kurus kering berusia 12 tahun , kau kata gemuk?"

"Apa , tidak..itu.."

Dan aku tersedar sesuatu.

"Ibunyanya datang bersama dengannya?"

"Ya , aku kirim mereka berdua"

"Dan mereka berdua terperangkap dalam lif bersama?"

Faris menatap mukaku dan lansung riak mukanya berubah.

***The End

Vote&Comment

Scaryforkids-

-editing

Creepypasta ∽ malay ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora