11 ; Video Chat

34.4K 2.7K 206
                                    

***

Suatu malam , keluarga ku tiada di rumah kerana mereka sedang melawat saudara ku yang sakit , dan mungkin mereka akan balik pada lewat malam..

Aku mulai bosan dan aku mula layari internet buat beberapa minit .Kerana kepuasan melanda , aku membuat video chat dengan orang yang tidak ku kenali.

Aku bosan kerana berjumpa dengan orang yang tidak berguna dan tiada apa yang nak di bincangkan , baru je aku nak menutup video chat , tiba'2 muncul seorang perempuan cantik di screen laptop ku.

Kelihatan dia sedang menangis dan satu tapak tangannya di kekalkan di mulut nya , seperti sedang berusaha tidak mengeluarkan bunyi , aku memandang perempuan itu dengan hairan.

Dia mula menaip

Stranger: Tolong aku!

Adam : Apa yang berlaku?

Stranger: Cepat hubungi polis

Adam : Kenape?

Stranger: Ade orang asing menyelinap masuk ke rumah aku.

Adam : Ni bukan gurauan kan?

Stranger: BUKAN! Cepat  , kau perlu bantu aku!

Adam : okay ,okay , aku bantu kau

Stranger: Cepat hubungi polis sekarang!

Adam : Kenape kau tak call je?

Stranger: handphone aku kehabisan bateri , aku duduk sorang diri .. Kau orang pertama yang aku jumpa! Cepat , kau perlu percayakan aku!

Adam: kau yakin ni bukan gurauan?

Stranger: aku serius!

Adam : okay aku hubungi polis , bagi alamat kau

Dia mula menaip

Sementara itu aku sudah menghubungi polis , alamat sudah dihantar nya .. Aku melihat alamat itu dan handphone ku terjatuh dan panggilan tadi terputus

Itu adalah alamat rumah aku

Aku mula merasa takut dan gementar

Aku memandang perempuan di screen laptop ku , matanya menatap ku dengan tatapan memohon , air matanya mengalir di pipinya.

Perlahan-lahan aku memandang almari di tepi katil ku.Jantung ku berdegup kencang.

Dengan tangan gementar aku mengambil laptop dan memegang erat . Aku menghampiri almari itu dan kedengaran tapak kaki ku memijak lantai , serentak itu perempuan di video chat terkejut seolah-olah terdengar sesuatu , perempuan itu menutup telinga nya.

Aku meraih tangan ku memegang pemegang almari , perempuan di dalam screen itu ketakutan dan menangis.

Aku mula menarik pemegang almari dengan kuat dan serentak itu perempuan itu menjerit dan video chat aku dan dia terputus.

Almari itu kosong , hanya baju aku je di dalam

Dan malam itu Aku tidak dapat tidur lalu aku turun ke bawah dan tidur di atas sofa

***

Pagi esoknya , aku ceritakan hal itu pada ibu dan ayah  ku , ibu  ku ketawa manakal ayah ku  menggaru kepalanya , ayahku bercadang akan tanya kepada jiran yang sudah lama menetap di situ.

Dan ayah  bagitau ku.

Bertahun lamanya , dulu di situ ade sekeluarga tinggal ,.seroang lelaki , perempuan dan anak perempuan mereka.  Ketika orang tua mereka keluar dari rumah , anak perempuan mereka tinggal bersendirian di rumah , dan ade seorang pencuri menyelinap masuk ke runa mereka.

Apabila orang tua mereka balik , mereka mendapati anak perempuan mereka mati di dalam almari , dia telah ditikam sampai mati.

Dan cerita itu terngiang di dalam kepala ku , dan lansung ayahku mengeluarkan almari di dalam bilik itu dan meletakkan di luar .

***The End

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now