126 ; Bad Time To Call

17.4K 1.2K 57
                                    

***

Aku mempunyai pekerjaan yang terburuk di dunia. waktu bekerjanya panjang dan gajinya kurang lumayan.  Iaitu menjadi operator satu syarikat insuran.

Aku benci perlu menelefon orang-orang yang mungkin je asyik tidur dan makan ,  lalu dibentak dan dimarahi mereka.

Aku ingat ,  malam-malam itu adalah malam yang betul-betul aku benci .  Orang yang ku telefon akan marah ,  membentak dan bahkan ada yang membuat kerja gila. Mendekatkan telefonnya ke arah televisyen saat ada situasi bunyian kuat di filem horor.

Aku ingat aku akan berhenti setakat ini untuk menelefon orang.  Sebelum pandangan ku mendarat di nama 'Sara Borden'.

Aku sudah banyak mempunyai respon buruk saat menerima panggilan dari orang yang berada di kerumunan orang ramai .  Mereka pasti akan menjerit-jerit menjawab panggilan.

Aku menghela nafas seketika lalu mula menelefon orang tersebut.

Aku menunggu sambil menghitung deringan , jika sudah empat hingga enam deringan  . Operator akan menjawab dan memberi mesej .  Jika sudah sampai lapan atau sepuluh deringan , perusahaan kami kami mewajibkan memberi tanda "unavailable" di nombor itu.

Aku menghitung deringan sampai enam sebelum terdengar bunyi "klik"  . Aku menunggu ada yang menjawab namun tidak ada suara .

"Hello? Sara Borden?"

Tidak ada jawapan ,  tapi telinga ku mendengar sesuatu yang sepertinya bunyi dari jarak jauh telefon.

Dan mendadak aku mendengar jeritan , alasan mengapa aku hendak berhenti kerja  . Jeritan seorang lelaki.

"KAU INGAT KAU DAPAT SEMBUNYI DI SANA?! PEREMPUAN SIAL!"

Aku membeku.

Jeritan itu disusuli jeritan seorang perempuan dan bunyi seolah-olah telefon jatuh ke lantai .  Perempuan itu terus menjerit tapi aku tidak dapat melakukan apa-apa.

Tubuh ku membeku ketakutan  , terutama jeritannya bercampur dengan bunyi gelegak yang keluar dari kerongkong nya .  Aku juga terdengar tangisan dari seorang budak lelaki yang meminta agar jangan ganggu perempuan itu.

Terdengar bunyi hentaman seolah-olah seseorang dihemtam ke dinding dengan kuat  . Jeritan perempuan itu semakin lama semakin perlahan ,  hingga akhirnya berhenti.

Aku mendengar suara nafas lelaki itu dengan berat  . Lalu derapan tapak kaki ,  kemudian seorang budak lelaki menjerit dan akhirnya seperti bunyi tulang leher dipatahkan.  Lalu semuanya diam.

Telefon dimatikan.

Aku segera melempar gagang telefon ,  mengemas barang-barang ku dan keluar.   Aku tak pernah lagi kembali ke pejabat itu.

###

##

#

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now