28 ; Dad In fire

29.7K 2.2K 248
                                    

***

Cerita ini mengisahkan tentang tiga orang lelaki yang sedang berkumpul di rumah salah sorang dari mereka , mereka bercerita tentang cerita horror . Sehinggalah salah sorang dari mereka bercerita tentang satu lagenda horror yang menakutkan

Pada malam itu juga mereka telah mendapat pengajaran bahawa jangan mempermainkan sebuah lagenda .

***

Hai , nama ku Zach .. Aku akan menceritakan kepada korang tentang peristiwa yang tak pernah akan aku lupakan.

Aku ingat , pada hari itu adalah malam sabtu di penghujung bulan Disember. Seperti malam'2 lain , hujan mula turun dengan lebat hingga jalan di luar sana sangat renggang .

Ibu  dan ayahku masa tu tiada di rumah , aku bosan duduk sendirian .. sejujurnya aku bukan seorang yang penakut tapi aku tidak suka bersendirian.

Aku menghantar chat ringkas kepada dua rakan ku yang hanya tinggal di samping rumah ku , mengajak mereka bermalam di rumah ku sehinggalah ibubapa ku balik.

Lima minit kemudian , mereka pun datang lalu aku mengajak mereka masuk ke dalam bilik ku di tingkat atas.

Kitaorang mendengar music dengan volume yang tertinggi dan sehinggalah salah sorang kawan ku Sanders mematikan music dan bersuara.

"Hey , apa kata kita bercerita tentang cerita horror" cadang Logan.

"Idea bagus" balas ku

"Jadi siapa nak bercerita dulu" soal Sanders  , yang turut datang , beberapa minit senyap lalu aku yang mengangkat tangan.

"Huh , kalau macam tu biar aku yang cerita , aku dapat cerita ni dari internet"
Logan  dan Sanders  mengangguk , lalu aku mula bercerita.

"Suatu ketika dulu , ade seorang lelaki yang mempunyai anak kandung lelaki yang baru berumur 7 tahun , mereka tinggal di sebuah desa yag terpencil

Suatu malam , lelaki tersebut baru je pulang dari kerja .. sampai sahaja di rumah nya dia terkejut apabila rumah nya sedang terbakar . Terlintas di dalam fikiran bahawa anaknya ada di dalam rumah , lelaki tu memecahkan pintu utama dan masuk ke dalam rumah yang terbakar itu

Dia cuba memanggil nama anaknya dan kedengaran suara anak nya menyahut , dia yakin yang anaknya terperangkap dalam bilik tidurnya

Dia cuba membuka , memecahkan , dan menghentak pintu sekuat hati nya , namun pintu tidak juga terbuka . Lelaki itu menjerit sekuat hati nya memanggil nama anak nya .. usaha nya sia'2 , kedengaran suara anak nya yang menangis di dalam bilik .

Lelaki itu tidak berputus asa , dia tetap menolak pintu dengan sekuat tenaganya , yang dia fikir sekarang adalah anak nya . Lelaki itu menangis memanggil anak nya sedangkan anak nya memanggil nama nya meminta bantuan.

Hingga akhirnya anak nya mati terbakar , begitu juga appa nya . Lelaki itu tidak berjaya membuka pintu dan mayat nya ditemukan di pintu bilik anak nya"

Sanders memandang ku dengan tatapan pelik
"Kenapa ?" Soal ku

"Ya..Aku rasa cerita tak menakutkan" kata Sanders

Logan mengangguk kepala "ha ah , betul tu .. Aku rasa ni cerita sedih" kata Logan

Aku memandang mereka berdua lalu tersenyum "cerita ni belum habis , sejak tu .. roh lelaki tu tetap berusaha untuk membuka pintu bilik tu , dan ade orang kata kalau kita berpura'2 menjerit seperti terperangkap dalam bilik  kebakaran . Roh lelaki tu akan datang"

Logan  memandang ku "Kau pernah buat?" Soalnya

Aku menggeleng kepala "Aku? Aku tak berani nak buat hal macam tu" kata ku

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now