68 ; One Thousand Folded Paper Cranes

20.3K 1.6K 108
                                    

****

Nama panggilan ku Jr ,  aku mempunyai seorang rakan baikku dari kecil yang bernama Sanha
Kami membesar bersama dan bersekolah di sekolah yang sama  , tapi kami berlainan kelas
Walaupun begitu ,  aku dan Sanha masih lagi dekat kerana ibu kami berkawan baik.

Ketika Sanha jatuh sakit ,  aku pergi melawatnya di hospital. Aku tidak tahu apa penyebab kenape dia tiba'2 jatuh sakit ,  tetapi ketika aku melawatnya Sanha sedang tertidur.

Di sebelah meja katilnya , terdapat satu senbatsuru (seribu kertas origami berbentuk bangau) yang bewarna warni , aku terfikir siapa yang bagi itu amatlah baik hati.

Aku mengangkat bakul kertas itu untuk melihat nota di atasnya.

'Dari semua orang di kelas :)'

Semasa aku membacanya , tiba-tiba 3 keping kertas bangau jatuh di atas lantai .  Aku berlutut untuk mengambil kertas itu tiba-tiba sahaja Sanha seperti hendak tersedar  , kerana sedikit terkejut aku termasukkan kertas bangau itu di dalam poket seluarku

Setelah Sanha sudah terbangun dari tidurnya , aku dan Sanha berbual dengannya  dan kemudian pulang ke rumah

Ketika sampai di rumah,  aku langsung masuk ke dalam bilikku dan mengeluarkan tiga kertas bangau dari poket.

Aku membuka lipatan kertas bangau itu dan di setiap kertas bangau itu  ada beberapa perkataan kecil , aku lantas membaca perkataan itu.

'Aku harap kamu mati'

'Aku harap kamu mati'

'Aku harap kamu mati'

Aku ragu kalau hanya tiga kertas bangau ini sahaja yang terdapat nota seperti ni di antara seribu kertas bangau lain

***the end


Vote[√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now