167 ; Lights In The Distance

13.3K 1K 51
                                    

***

Seorang lelaki menderita penyakit insomnia mencuba untuk memejamkan matanya saat malam tiba. Setelah beberapa minit , matanya tak mahu terpejam juga padahal hari sudah larut malam. Dia kemudian mengubah posisi tidur menghadap tingkap. Disana dia melihat dua buah lampu jalan yang menyala redup dan kemudian dia menatap lekat-lekat. Tidak berapa lama kemudian di tertidur lena.

Keesokan malamnya, sekali lagi tetap terjaga kerana penyakitnya. Mengingati cara semalam yang berjaya. Malam dia kembali tidur menghadap tingkap untuk menatap dua bua lampu jalan itu. Dia melihat lampu jalan itu menyala terang lalu dirinya tidur dengan nyaman.

Malam seterusnya, malah tidurnya tak kunjung menghilang, namun dengan segera dia mencari kelibat lampu jalan itu. Kali ini amat berbeza , dua buah lampu jalan itu tampak berkelip selang beberapa saat. Lelaki tersebut amat risau kalau lampu itu akan terpadam. Tetapi akhirnya dia tertidur juga.

Keesokan paginya, lelaki itu bangun dengan segar , dia segera bangun dari katil lalu melihat ke arah tingkap dimana lampu jalan itu berada. Dia ingin memeriksa berharap agar ada seseorang memperbaikinya. Jika tidak , dia sendiri akan turun tangan untuk memperbaikinya. Namun, ada satu yang aneh.

Dari balik tingkap itu, dia tidak melihat satu pun lampu jalan.

Tidak percaya akan apa yang dilihatnya, lelaki tersebut mendekat ke arah tingkap dan mencondongkan badannya. Namun tetap saja , tidak ada pun lampu jalan yang dia temukan.

Kemudian dia melihat ke bawah dan menyedari bahawa ada bekas cakaran di ambang tingkap , seolah ada sesuatu yang bertenggek dia sana sebelumnya.

Insomnia lelaki tersebut semakin parah.

***

Vote [/]
Comment [/]

lelepons-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now