139 ; The Damned Camera

16.8K 1.2K 175
                                    

***

Ada seorang lelaki bernama Kihyun , hari ini adalah hari ulang tahun appanya dan dia ingin memberikan hadiah yang menarik. Sayangnya dia tidak mempunyai wang lebihan. Lalu dia terpaksa menuju ke kedua yang menjual barangan terpakai.

Dia mencari sesuatu yang masih elok di situ , lalu dia melihat ada sebuah kamera. Dia teringatkan appanya kalau yang appanya ingin membeli satu kamera. Kihyun mengambil kamera itu dan memeriksa kondisi kamera itu. Kamera itu ada sedikit kesan calar.

Kihyun mencuba untuk mencuba kamera itu lalu dia cuba mengambil gambar sebuah kaca yang berada di dalam kedai itu. Dia bertanya berapa harga kamera , Kihyun bernasib baik kerana harganya amat murah. Kihyun memberikan wang kepada penjual itu untuk membelinya.

Saat dia hendak pergi , si penjual memberitahu kalau kamera itu adalah milik empat orang pelajar yang telah menghilang secara misteri. Ketika Kihyun mendengar cerita itu , dia amat terkejut namun tiba-tiba bunyi seperti kaca pecah mengalihkan perhatian dia. Kihyun mendapati bahawa cermin yang dia mengambil gambar tadi telah pecah secara tiba-tiba.

Malam itu , Kihyun dan keluarganya menyambut appanya dari balik kerja. "Selamat Ulang Tahun!" Dan mula memberikan hadiah. Kamera yang Kihyun beli adalah sama dengan kamera yang diinginkan appanya. Dia pergi ke kebun untuk menguji kamera itu dan mengambil gambar bunga dan anjing peliharaannya.

Beberapa minit kemudian , bunga itu perlahan layu dan mati sedangkan anjing peliharaan mereka berlari tanpa kendali dan akhirnya terbaring mati. Sedih dengan kejadian itu , Kihyun duduk sendirian di taman dan memeriksa kamera tersebut. Dia terjumpa beberapa gambar yang ada dalam kamera itu , dia terjumpa empat gambar pelajar yang sedang bergambar bersama. Kihyun berfikir kalau itu adalah gambar terakhir mereka sebelum mereka hilang.

Setelah itu , barulah Kihyun sedar kalau kamera itu dikutuk. Dia perlu bagitau hal ini pada keluarganya , dia menjatuhkan kamera itu di rumput dan berlari ke dalam ruang.

"Appa!Appa! Kamera tu dikutuk! Apapun gambar yang diambil dari kamera itu akan lenyap dan hancur!" Jerit Kihyun.

Mereka berlari menuju ke kebun dan Kihyun terkejut apabila adiknya yang kecil sedang bermain dengan kamera itu. Dengan cepat dia berlari dan merampas kamera itu.

"Saeng ada ambil gambar dengan kamera ni?" Soal Kihyun pada adiknya yang berusia 7 tahun. Adiknya mengangguk perlahan.

Dengan tidak sabar , Kihyun melihat gambar yang baru diambil itu. Ada gambar baru didalamnya. Iaitu gambar bola yang bersinar terang di didalamnya. Bola itu sangat terang hingga Kihyun sendiri tidak tahu apakah itu.

Sesaat kemudian , lingkungan disekitarnya mulai gelap dan sangat gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesaat kemudian , lingkungan disekitarnya mulai gelap dan sangat gelap.

Dan aku memandang ke langit , Ouh baru aku tahu.. adik aku baru sahaja mengambil gambar matahari.

***

Nak! Nak kamera tu! Sumpah lebih hebat dari death note ;))

Gambar tu saya sendiri yang ambil , act tu lampu kereta yang lalu serentak bila saya nak snap gambar bunga api XD , tapi bunga api tu dengan cepat cahaya dia hilang ;-;

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now