71 ; Staring At You

20.3K 1.6K 134
                                    

***

Cerita ini menceritakan tentang seorang perempuan bernama Yezi yang sedang menaiki bas di tengah malam .  Yezi sungguh terganggu dengan seorang nenek tua di depannya yang asyik menatapnya dengan tatapan tajam
Yezi berusaha mengalihkan perhatiannya tetapi nenek tua itu tetap menatapnya
Apa yang terjadi?

xxx

Seorang gadis bernama Yezi sedang duduk di dalam bas dan melihat bahawa ade seorang nenek tua sedang menatapnya tajam

Nenek itu duduk di antara dua orang lelaki dewasa
Yezi terus mengalihkan pandangnya  , tapi nenek tua itu tidak memutuskan pandangan mata dengannya.
Tatapan itu membuatkan Yezi sedikit ketakutan dan resah.

Di  pemberhentian seterusnya  , seorang penumpang lelaki baru sahaja naik  . Dia adalah seorang lelaki yang tinggi dan mengenakan jaket bewarna biru tua
Lelaki itu duduk di sebelah Yezi.

Nenek tua itu tetap menatap Yezi dan tidak menatap sedikit pun orang lain.

Yang paling menakutkan bagi Yezi adalah lelaki dewasa di samping nenek itu sama sekali tidak memandang nenek itu ,  nenek itu juga tidak melarikan pandangannya ke arah lain .

Apabila bas berhenti di perhentian seterusnya ,  lelaki yang memakai jaket itu bangun untuk turun
Tiba-tiba meraih lengan Yezi dengan kemas dan menyeret Yezi untuk turun
Yezi tidak dapat berbuat apa-apa kerana fikirannya keliru

Yezi mula memberontak dan mencuba menarik lengannya dari cengkaman lelaki itu
Tetapi lelaki itu masih lagi menarik tangan Yezi sehingga mereka berdua turun dari bas  dan bas meluncur pergi

Yezi mula ketakutan kerana hanya dia dan lelaki itu sahaja berada di stesen yang sepi ini ,  Yezi menjerit meminta tolong

"Tenang"  kata lelaki itu tadi lalu Yezi diam dan memandang lelaki itu dengan muka yang meminta penjelasan

"Aku baru saja selamatkan nyawa kau  ,  aku tak bermaksud nak buat kau takut  tapi aku harus bawa kau keluar dari bas tu. Nenek tua yang duduk di depan kau tu dah mati .  Aku tengok ade bekas jeratan tali di lehernya , mungkin kau tak perasan sebab kau tak nak lihat dia" kata lelaki itu lalu melepaskan pegangan nya di tangan Yezi

"Dan aku fikir  dua lelaki di sebelahnya sedang menopang(menyandar?)tubuhnya"  sambung lelaki itu lagi

***

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now