26 ; Horryfying Escape Plan

29K 2.3K 187
                                    

"Rancangan Melarikan Diri Yang Mengerikan"

***

Seorang wanita cantik bernama Annie  dihukum dipenjara seumur hidup kerana satu kes pembunuhan , Annie memutuskan bahawa dia perlu juga keluar dari penjara tersebut.

Annie berkawan baik dengan seorang penjaga penjara iaitu Louis , tugas Louis adalah menguburkan penghuni penjara yang mati
Apabila ada setiap penghuni penjara mati , loceng akan dibunyikan dan akan didengari setiap sel penjara .

Louis  akan memindahkan mayat penghuni penjara itu ke sebuah peti . Kemudian dia akan pergi ke salah satu ruangan untuk menandatangani satu surat lalu dia kembali ke peti mayat itu untuk memaku peti . Terakhir dia akan membawa peti mayat itu keluar dari sel untuk dikuburkan di dalam tanah.

Setelah Annie  tahu setiap langkah mereka , Annie  membuat rancangannya bersama Louis  . Apabila loceng berbunyi , Annie akan keluar dari penjaranya lalu menyelinap masuk ke dalam bilik dimana letaknya peti mayat itu disimpan.

Annie  akan masuk ke dalam peti mayat itu apabila penjaga lain menuju ke bilik untuk menandatangani surat.
Apabila penjaga datang mereka akan memaku peti mayat itu dengan Annie masih berada di dalam.

Annie  tahu kalau dia mungkin tidak cukup udara untuk mengambil udara sambil menunggu Louis  datang kembali untuk membuang paku peti lalu Annie dikeluarkan.

Sebenarnya Louis  ragu'2 untuk mengikuti rancangan Annie  tetapi disebabkan mereka berkawan rapat , Louis akan buat.

Suatu malam , ketika Annie sedang tidur , dia mendengar loceng di bunyikan . Annie  segera bangun dan membuka kunci pintu selnya dengan satu pin yang diberi Louis  , Annie mengendap-hendap masuk ke dalam bilik peti mayat disimpan , jantungnya berdegup kuat kerana terlalu risau.

Annie  berada di atas mayat yang baru saja mati , dia menunggu beberapa saat lalu kedengaran tapak kaki mendekati peti itu untuk memaku peti.

Annie  dapat mendengar bunyi paku diketuk . Annie  mula berasa tidak selesa apabila berada di atas mayat tapi ini lah satu'2 nya cara untuk keluar dari sini.

Annie  berasa peti diangkat dan bunyi kenderaan , kemudian Annie  berasa peti itu diangkat balik dan diturunkan . Pasti dia sudah sampai di pemakaman . Kemudian Annie  terdengar bunyi seperti tanah ditimbus di atas peti.

Dan kemudian sunyi ..

Setelah beberapa puluh minit , Annie  mula berasa bosan dan sedikit sesak nafas , Annie mengeluarkan mancis dari poketnya lalu dinyalakan untuk melihat mayat siapa yang berada di bawahnya.

Annie mula ketakutan dan hatinya berdebar kuat apabila menyadari dia berada di atas mayat sahabatnya , Louis

***

HAPPY NEW YEAR AND WELCOME BACK TO SCHOOL (ಥ_ಥ)

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang