50 ; Hand Print

21.6K 1.7K 212
                                    

***

Asal semua title 'hand' ni  ̄ˍ ̄

Suatu malam , ade seorang lelaki muda bernama Nick , tengah memandu keretanya dan memasuki sebuah terowong

Terowong itu amatlah gelap sehingga tidak dapat melihat apa-apa pun , ia hanya dapat memandu dengan betul dan berharap agar segera sampai ke hujung terowong itu. Tiba-tiba dia mendengar bunyi

Bam! Bam!

Seperti ade ratusan tapak tangan menghentam cermin keretanya . Dengan ketakutan yang amat sangat , Nick lantas melajukan kereta hingga sampai ke penghujung terowong

Nick memberhentikankan keretanya di tepi jalan
Dengan wajah yang pucat dia melihat bekas tapak-tapak tangan terlekat di tingkap keretanya
Tidak mungkin hantu? Fikir Nick.

Nick membuang jacketnya lalu mengelap di permukaan cermin namun tapak tangan itu tidak hilang

Akhirnya Nick membawa keretanya di car wash dan meminta petugas untuk mencuci bekas tapak tangan itu

Namun beberapa minit kemudian, petugas itu datang menghampiri Nick.

"Macam mana? Tanggal?" Soal Nick

"Maaf , kitaorang tak boleh bersihkan dari luar"

"Huh? Kenapa?" Soal Nick

"Kerana tapak tangan tu berasal dari dalam kereta"

***the end

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now